Geopark Jerai Aspirasi JMG

Geopark Jerai Aspirasi JMG

aspiring jerai 12

YAN, 23 Julai - Penganjuran Karnival Promosi Cadangan Geopark Jerai yang berlangsung di Geotapak Titi Hayun, Yan Kedah baru-baru inimembuktikan kesungguhan pihak kerajaan khususnya Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) melalui JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang (JMGKPP) dalam menjadikan Geopark Jerai satu realiti.

aspiring jerai 1

Menurut Tuan Haji Zainol bin Husin BCK, karnival tersebut dianjurkan sebagai satu dokumentasi dalam dossier bagi mencalonkan Geopark Jerai ke peringkat UNESCO.

aspiring jerai 3

Di peringkat setempat pula, karnival yang bertemakan 'Aspiring Jerai Geopark' tersebut adalah medan terbaik bagi memberi pendedahan dan kefahaman tentang pengertian geopark, hasrat mewujudkan Geopark Jerai dan kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh oleh masyarakat khususnya penduduk Yan.

aspiring jerai 6

Selain JMGKPP, urusetia penganjuran karnival ini, merangkap ahli jawatankuasa cadangan Geopark Jerai ialah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) USM dengan dibantu oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo sebagai penasihat.

aspiring jerai 10

Istimewa cdangan Geopark Jerai selain keunikan dan kepelbagaian dari segi geologi Gunung Jerai dan sekitarnya, turut dirangkumkan ialah tapak arkeologi Sungai Batu yang menjadi bukti tamadun tertua di Asia Tenggara dan kawasan hutan paya bakau Sungai Merbok yang kaya dengan hidupan flora dan fauna yang tersendiri.

aspiring jerai 12

Karnival yang mendapat kerjasama erat daripada masyarakat sekitar dan kerajan negeri itu dirasmikan acara pelepasan program larian oleh Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir bin Baharom (B), Ahli Parlimen Jerai dan ditutup oleh Dato Dr Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail, ADUN Guar Cempedak.

aspiring jerai 15

 

Written by : afif