KERJA LAPANGAN PEMETAAN SESAR AKTIF DI PULAU TIGA, KUALA PENYU

KERJA LAPANGAN PEMETAAN SESAR AKTIF DI PULAU TIGA, KUALA PENYU

KUALA PENYU (21 DAN 22 SEPT 2020) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah (JMG Sabah) menerusi Aktiviti Geologi Kejuruteraan, Unit Geosains JMG Sabah telah menjalankan kerja lapangan di kawasan Volkano Lumpur Pulau Tiga, Kuala Penyu pada 21hb dan 22hb September yang lepas. Objektif utama kerja lapangan ini adalah untuk mengenal pasti beberapa rekahan tanah di kawasan tersebut. Encik Bailon Golutin (Pegawai Geosains Kanan), di bantu oleh Encik Ramle Kalaham dan Encik Herorisan Paruka untuk membuat kajian sesar aktif dan seterusnya memberi input kepada pihak pengurusan Taman-Taman Sabah bagi mengenal pasti sama ada keselamatan persekitaran di kawasan Volkano Lumpur itu sesuai di buka untuk pelancong tempatan dan pelancong asing. 

 

Diselia oleh : Bailon Golutin

 

LAWATAN KERJA RASMI YANG BERHORMAT TUAN ALI ANAK BIJU KE STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI(PAG) JMG SABAH

LAWATAN KERJA RASMI YANG BERHORMAT TUAN ALI ANAK BIJU KE STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI(PAG) JMG SABAH

RANAU (24 SEPT 2020) : Satu lawatan kerja rasmi Yang Berhormat Tuan Ali Anak Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ke Stesen Penanda Aras Gempa bumi (PAG) di Ladang Sabah Tea, Ranau, Sabah. Lawatan berkenaan melibatkan pegawai dan kakitangan Aktiviti Geologi Kejuruteraan, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah berjaya dijalankan di sini hari ini. Timbalan Pengarah Geosains (TPGS), Dr. Frederick F. Tating terlibat sepanjang sesi lawatan berkenaan. Program lawatan tersebut telah berjalan lancar dengan kehadiran Encik Bailon Bin Golutin selaku Pegawai Projek Pemetaan Sesar Aktif dan Risiko Gempa Bumi Sabah yang juga Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan dan dibantu oleh Encik Goh Khean Seong (Pegawai Geosains Aktiviti Geofizik) serta  beberapa kakitangan teknikal yang terdiri daripada Cik Helviana Malaya, Encik Ramle Kalaham, Encik Herorisan Paruka dan Encik Harry Jenyrius Majin dari Aktiviti Geologi Kejuruteraan.

 

Diselia oleh : Bailon Golutin

PROGRAM JOM BACA PERPUSTAKAAN PPM 2020

PROGRAM JOM BACA PERPUSTAKAAN PPM 2020

Program Jom Baca 2020 termasuk dalam Program Galakan Membaca yang diwar-warkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Ia adalah salah satu aktiviti utama Perpustakan Negara Malaysia (PNM). Program ini bertujuan membentuk sikap membaca di kalangan rakyat Malaysia terutama kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dan juga menggalakkan kakitangan PPM untuk mengunjungi Perpustakaan PPM.

Oleh yang demikian dapat memupuk minat dan amalam membaca serta cintakan buku di kalangan kakitangan PPM serta menyajikan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk disertai oleh kakitangan PPM dalam Program Jom Baca 2020. Program Jom Baca PPM ini telah berjaya dijalankan pada hari Khamis, 17 September 2020. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang Program Jom Baca adalah seperti berikut:

1. Pertandingan Teka Berat Buku
2. Pertandingan Mewarna
3. Pertandingan Teka Silang Kata
4. Pertandingan Rumi Ke Jawi
5. Slot Kupasan Buku “Read Me A Book”

Puan Salmah Binti Baharuddin selaku Ketua Cawangan Pelaksana Pengkomersialan mewakili Pengarah Kanan PPM telah melakukan perasmian penutup bagi program Program Jom Baca 2020 serta menyampaikan hadiah bagi semua aktiviti-aktivit yang telah dijalankan.

Diharapkan dengan penglibatan seluruh warga PPM dalam program ini dapat memupuk dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan budaya membaca dalam pembentukan masyarakat yang maju dan berilmu.

 

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA KE TAPAK BUKIT PAYONG, PARIT SULONG, BATU PAHAT

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA KE TAPAK BUKIT PAYONG, PARIT SULONG, BATU PAHAT

Parit Sulong, 23 September 2020 – Baru-baru ini, YBhg Datuk KP JMG Malaysia Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan kerja ke Bukit Payong di Parit Sulong, Batu Pahat bagi meninjau kawasan tersebut yang dicalonkan sebagai tapak warisan geologi kebangsaan. Turut hadir sama dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Prof. Dato' Dr. Ibrahim Komoo selaku Pengerusi Majlis Warisan Kebangsaan, pihak UKM, Yayasan Warisan Johor dan pegawai-pegawai daripada JMG Johor.

Baca selanjutnya