Lawatan Sambil Belajar Ke Stesyen Janakuasa Lumut

Lawatan Sambil Belajar Ke Stesyen Janakuasa Lumut

23 Oktober 2015, LUMUT:  Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Stesyen Janakuasa Lumut. Seramai 30 kakitangan terlibat dengan lawatan ini. Peserta didedahkan kepada proses penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan gas sebagai bahan tenaga utama.

Baca selanjutnya

Quarry Particulate Index and Noise Software (QPINs V1.0)- SATU PERISIAN MUDAH UNTUK PENGUSAHA KUARI

Quarry Particulate Index and Noise Software (QPINs V1.0)- SATU PERISIAN MUDAH UNTUK PENGUSAHA KUARI

Aktiviti manusia daripada pelbagai aspek boleh menyumbang kepada penurunan kualiti udara dan alam sekitar. Perubahan ini amat ketara di kawasan yang berpopulasi tinggi dan juga kawasan industri yang pesat. Habuk dan bunyi bising amat sinonim di kawasan kuari dan merupakan penyumbang utama pencemaran kepada pekerja maupun komuniti sekitarnya. Persepsi orang awam terhadap masalah ini selalunya buruk kerana pencemaran udara dan bunyi bising sering dikatakan menimbulkan keadaan kurang senang penduduk berhampiran.

Baca selanjutnya

JAWATANKUASA AKRAB JMG SESI 2015 -2017

Pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Sesi 2015-2017 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 7 Ogos 2015 bagi tempoh dua (2) tahun. Tahniah kepada tuan/puan di atas pelantikan ini. Semoga tuan/puan  dapat melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin.

JK  AKRAB JMG SESI 2015-2017

Baca selanjutnya