KURSUS PEMBANGUNAN KUMPULAN (TEAM BUILDING) BAGI KAKITANGAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA

KURSUS PEMBANGUNAN KUMPULAN (TEAM BUILDING) BAGI KAKITANGAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, 21 Oktober 2021 - Kursus Pembangunan Kumpulan (Team Building) bagi Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Sembilan Dan Melaka telah diadakan pada 21 dan 22 November 2021 yang lalu di Hotel Seri Malaysia, Melaka. Pelbagai aktiviti telah dilakukan dan telah disertai oleh semua warga JMG NSM. Kursus Pembangunan Kumpulan (Team Building ini telah mencabar minda dan melihat cara berfikir dan menguji kesepakatan di dalam setiap kumpulan. Bagi menjayakan aktiviti ini, kesemua kakitangan telah dibahagikan kepada empat kumpulan bagi aktiviti pada hari pertama, manakala lapan kumpulan bagi menjayakan aktiviti pada hari kedua.

 

Baca selanjutnya

Perhimpunan Bulanan JMGNSM - Jun 2021

Perhimpunan Bulanan JMGNSM - Jun 2021

Isnin, 21 Jun 2021 - Perhimpunan Bulanan JMGNSM bagi bulan Jun 2021 telah diadakan pada hari ini secara maya dengan  disertai oleh seramai 40 orang kakitangan JMGNSM. Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan secara ringkas dan sederhana dengan pengisian dan amanat yang telah disampaikan oleh En Joanes bin Muda, Pengarah JMG NSM. Majlis ini juga diadakan adalah bagi meraikan persaraan Esa A. Rahman yang akan bersara mulai 21 Jun 2021 setelah berkhidmat selama 40 tahun.

Baca selanjutnya

MAKLUMAN PENUTUPAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA

MAKLUMAN PENUTUPAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA

Dimaklumkan penutupan pejabat dan kaunter Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan / Melaka berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.

Sehubungan dengan itu, sebarang urusan dan pertanyaan boleh menghubungi nombor berikut iaitu 018-9804 939 / 019-3338 491 atau boleh emelkan kepada jmgnsm@jmg.gov.my.

Harap maaf, segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

LAWATAN TAPAK SIASATAN GEOBENCANA KEJADIAN KEGAGALAN CERUN DI TAMAN MUZAFFAR HEIGHTS

LAWATAN TAPAK SIASATAN GEOBENCANA KEJADIAN KEGAGALAN CERUN DI TAMAN MUZAFFAR HEIGHTS

AYER KEROH, 18 MEI 2021 - Satu lawatan tapak oleh Pasukan Kumpulan Kerja Tindakan Bencana Geologi JMGNSM telah dilaksanakan susulan daripada aduan kegagalan cerun yang telah berlaku berhampiran dengan sebuah rumah di Taman Muzaffar Heights, Ayer Keroh, Melaka. Aduan tersebut telah dibuat melalui laman rasmi Jabatan Mineral & Geosains Malaysia. Pegawai penyiasat yang bertugas adalah Puan Rosni Lokman dan En Amin Hamdan dari aktiviti Geologi Kejuruteraan.

Sebelum lawatan tapak dimulakan, kajian desktop study telah dilaksanakan bagi mengenalpasti keadaan geologi, topografi, saliran serta lain-lain maklumat keadaan fizikal setempat di lokasi kejadian.

Siasatan tapak yang dijalankan di lokasi kejadian adalah mengambil cerapan lapangan, mengenalpasti punca-punca dan tahap risiko runtuhan. Faktor-faktor seperti litologi, struktur dan kadar luluhawa batuan/tanah diperhatikan di sekitar kawasan kejadian. Sampel batuan turut diambil untuk tujuan analisa dan rujukan. Keadaan struktur dan utiliti yang terdapat berhampiran dengan lokasi kegagalan cerun juga direkodkan kerana ia merupakan aset yang berharga dan perlu diambil perhatian.

Cerapan data di lapangan seperti dimensi serta geometri cerun direkod menggunakan borang proforma. Secara keseluruhan, terdapat beberapa faktor geologi dan faktor lain telah mempengaruhi kestabilan dan menjadi pemangkin kepada kegagalan cerun di kawasan tersebut.  Didapati kawasan tersebut mempunyai kekangan geologi kerana didasari batuan syis yang mempunyai kekuatan lemah, lapisan tanah terluluhawa tinggi, mempunyai cerun yang sangat curam, sistem saliran cerun yang tidak efisyen kerana tidak diselenggara serta faktor hujan lebat sebagai pemangkin kejadian kegagalan cerun berlaku.

Selain itu, temu bual juga dijalankan dengan pengadu serta penduduk yang tinggal paling hampir dengan lokasi kegagalan cerun tersebut bertujuan mendapatkan kronologi kejadian dan maklumat lain bagi melengkapkan siasatan. Di samping itu, penerangan dan khidmat nasihat turut disampaikan oleh Puan Rosni kepada pengadu sepanjang perbincangan bagi menjelaskan tentang faktor-faktor penyebab kegagalan cerun, risiko kepada rumah dan cadangan penyelesaian serta langkah yang dapat dilakukan oleh pengadu bagi mengurangkan kesan dan risiko kegagalan cerun dalam jangka masa pendek.

LAWATAN TAPAK BAGI PRA-RUNDINGAN OSC DI MELAKA TENGAH

LAWATAN TAPAK BAGI PRA-RUNDINGAN OSC DI MELAKA TENGAH

MELAKA TENGAH, 5 MEI 2021 - Satu lawatan tapak telah diadakan oleh Pegawai Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka (JMG NSM) di belakang Klinik Kesihatan Peringgit, Melaka Tengah bersama pihak Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bagi Permohonan Pra rundingan OSC Pembinaan Blok Tambahan Klinik Kesihatan Peringgit, Melaka Tengah, Melaka. Pegawai JMG NSM yang terlibat ialah Puan Siti Faridah binti Yusup (Timbalan Pengarah Sumber Mineral), Puan Norhayati binti Mohd Rawi (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), Puan Rosni binti Lokmannul Hakim (Ketua Aktiviti Kejuruteraan) dan Encik Mohd Amin Khalili bin Hamdan (Pembantu Geosains).

Selepas itu, lawatan tapak diteruskan bagi Permohonan Pra Rundingan OSC yang kedua di Ayer Keroh iaitu bersebelahan dengan Lebuh Raya Ayer Keroh. Pemerhatian, cerapan lapangan dan perbincangan telah diadakan antara pegawai dari kedua-dua pihak jabatan.

Akhir sekali, satu mesyuarat telah diadakan pada sesi petang yang bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Kerja Raya, Daerah Melaka Tengah antara pihak JKR dan JMG NSM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ir. Som Phong Pichan dari Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, JKR serta beberapa orang kakitangan JKR. Pembentangan dokumen Permohonan Pra Rundingan OSC berkaitan telah dijalankan oleh pegawai daripada JKR. Perbincangan berkaitan isu-isu berbangkit dan telah mendapat kata sepakat antara kedua belah pihak dalam penentuan laporan dan kajian yang perlu dijalankan oleh pihak JKR bagi ke dua-dua Cadangan Permohonan OSC yang akan dijalankan.