Seminar Kesedaran Industri Pengkuarian dan Perlombongan Negeri Sembilan dan Melaka

Seminar Kesedaran Industri Pengkuarian dan Perlombongan Negeri Sembilan dan Melaka

NILAI, NEGERI SEMBILAN (28 FEBRUARI 2019): Pada 28 Februari 2019, satu Seminar Kesedaran Industri Pengkuarian dan Perlombongan Negeri Sembilan dan Melaka anjuran JMG Negeri Sembilan dan Melaka telah diadakan di Nilai Springs Resort and Hotel, Nilai, Negeri Sembilan. Majlis perasmian seminar telah disempurnakan oleh En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM. Semua wakil pengusaha kuari dan lombong di Negeri Sembilan dan Melaka telah menghadiri seminar tersebut. En. Hairul bin Mohamed Shaharudin, Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari juga menghadiri seminar itu dan telah memberi taklimat bertajuk “Pengenalan Projek SDI: Penarafan Kemampanan Industri Pengkuarian dan Perlombongan Negeri Sembilan dan Melaka 2019 menggunakan SDI.

Baca selanjutnya

Majlis Perasmian “CCOP-JMG-BGS Workshop on Urban Geology”

Majlis Perasmian “CCOP-JMG-BGS Workshop on Urban Geology”

PUTRAJAYA (26 FEBRUARI 2019): Pada 26 Februari 2019, satu Majlis Perasmian “CCOP-JMG-BGS Workshop on Urban Geology” telah diadakan di The Everly Putrajaya. Bengkel ini dianjurkan oleh Coordinating Committee Geoscience Programmes in East and Southeast Asia (CCOP) dengan kerjasama JMG dan British Geological Survey (BGS). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG. En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri majlis tersebut.

Baca selanjutnya

Majlis Pelancaran Pameran Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam

Majlis Pelancaran Pameran Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam

SEREMBAN, 19 FEBRUARI 2019 - Satu Majlis Pelancaran Pameran Kegemilangan Ciptaan Saintis Islam dan Makan “Boghadat” telah diadakan di Muzium Negeri, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis itu telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohamad Nazaruddin Bin Sabtu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu yang mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri majlis tersebut.

Baca selanjutnya

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2019

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2019

SEREMBAN, 17 Februari 2019 - satu Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2019 telah diadakan di Dataran Centrio, Seremban 2, Negeri Sembilan Darul Khusus. Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini telah disempurnakan oleh YAB Tun. Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, tetamu-tetamu kehormat serta orang ramai. En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri majlis tersebut.

Baca selanjutnya