“2019 International Symposium On Soft Ground”

“2019 International Symposium On Soft Ground”

PLAZA RAMADA, MELAKA (5 - 6 OGOS 2019). Satu simposium antarabangsa yang bertajuk “2019 International Symposium On Soft Ground” telah berlangsung di Plaza Ramada, Melaka pada 5 – 6 Ogos 2019. Simposium ini yang bertemakan “Against All Odds” antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi pengetahuan berkaitan kerja-kerja perbaikan tanah lembut. Simposium ini dianjurkan oleh GEOTROPIK, UTM dan JMG merupakan salah satu agensi rakan penganjur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Tey Kok Kiew yang mewakili Ketua Menteri. JMG NSM menghantar dua orang pegawai untuk menghadiri simposium ini, iaitu Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM dan Encik Azhar bin Ahmad Nazri, Ketua Penolong Pengarah. Dua orang pegawai JMG NSM yang terlibat sebagai urusetia ialah Puan Norhayati bt Mohd Rawi dan Puan Siti Fariza bt Abdul Hamid. Pengarah JMG NSM juga hadir bagi mewakili YBhg Datuk Ketua Pengarah dan juga bertindak sebagai salah seorang moderator di simposium tersebut.

Baca selanjutnya

Perjumpaan Bersama TKPO & Warga JMGNS

Perjumpaan Bersama TKPO & Warga JMGNS

Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka - Pada 4 Julai 2019, telah diadakan Perjumpaan bersama TKPO dan warga JMG Negeri Sembilan dan Melaka. 

Tuan Haji Mohd Zukeri bin Ab Ghani telah tiba di dalam bilik mesyuarat JMG pada jam 9.30 pagi. Semua staf berkumpul bagi bersama-sama mengucapkan persaraan kepada beliau. Majlis dimulakan dengan bacaan doa seterusnya ucapan dari TKPO.

Baca selanjutnya

"Hands on Training (HoT)" untuk Virtual Geographic Information (VGI) :Penilaian Potensi Tapak Geologi Negeri Sembilan Bil.1/2019

"Hands on Training (HoT)" untuk Virtual Geographic Information (VGI) :Penilaian Potensi Tapak Geologi Negeri Sembilan Bil.1/2019

Seremban, 5 Julai 2019 - Satu Bengkel "Hands on Training (HoT)" untuk Virtual Geographic Information (VGI) :Penilaian Potensi Tapak Geologi Negeri Sembilan Bil.1/2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG NSM pada 4 dan 5 Julai 2019. Bengkel ini telah dihadiri oleh kakitangan JMGNSM bersama wakil Ibu Pejabat. 

Bengkel ini telah disampaikan oleh Dr Norbert Simon dari Universiti Kebangsaan Malaysia.