PLAZA RAMADA, MELAKA (5 - 6 OGOS 2019). Satu simposium antarabangsa yang bertajuk “2019 International Symposium On Soft Ground” telah berlangsung di Plaza Ramada, Melaka pada 5 – 6 Ogos 2019. Simposium ini yang bertemakan “Against All Odds” antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan dan berkongsi pengetahuan berkaitan kerja-kerja perbaikan tanah lembut. Simposium ini dianjurkan oleh GEOTROPIK, UTM dan JMG merupakan salah satu agensi rakan penganjur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Exco Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Tey Kok Kiew yang mewakili Ketua Menteri. JMG NSM menghantar dua orang pegawai untuk menghadiri simposium ini, iaitu Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM dan Encik Azhar bin Ahmad Nazri, Ketua Penolong Pengarah. Dua orang pegawai JMG NSM yang terlibat sebagai urusetia ialah Puan Norhayati bt Mohd Rawi dan Puan Siti Fariza bt Abdul Hamid. Pengarah JMG NSM juga hadir bagi mewakili YBhg Datuk Ketua Pengarah dan juga bertindak sebagai salah seorang moderator di simposium tersebut.