Taklimat Dan Pameran Hidrogeologi Di Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan) 2014

pameran 790x770

Pekan Nenas, 23 April 2014 – Pihak JMG Johor telah dijemput untuk menjadi fasilitator dalam Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan) 2014 yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan UNESCO-IHP Malaysia. Kem ini telah diadakan di Kem Kaizen Gunung Pulai, Johor.

Baca selanjutnya

Lawatan Pelajar UKM ke Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak: Kerja lapangan STAP2012: Geosains Pelancongan

DEWAN KASITERIT,IPOH 18 APRIL 2014 - Pada 18hb April 2014 pukul 3.00 petang, rombongan pelajar UKM seramai 22 orang di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Kadderi b. Md. Desa dan 2 orang urusetia telah melawat ke JMG Malaysia, Perak. JMG Malaysia, Perak telah dipilih sebagai salah satu lokasi kerja lapangan di bawah subjek Geosains Pelancongan.  Para pelajar telah diberi taklimat berkenaan bidang-bidang teknikal utama di JMG Malaysia, Perak serta sumber mineral yang berpotensi di negeri Perak.


26

 

Taklimat mengenai JMG dan sumber mineral di Perak
oleh Tuan Rusli

27

Taklimat mengenai Lombong dan Kuari oleh En. Faizal

28

Bergambar bersama pelawat

JUMBO SALE

 

 

JUMBO SALE

JUMBO SALE

 

Pada 25 April 2014, PUSPANITA JMG telah mengadakan JUMBO SALE bagi mengutip dana untuk derma amal. Harga meja bagi ahli untuk membuat jualan ialah rm15.00 hingga rm30.00. sambutan yang hangat diberikan kepada JUMBO SALE ini. Pertandingan teka bilangan biskut juga diadakan dimenangi oleh PN. Muhaini iaitu adik kepada ahli  PUSPANITA JMG Pn. Mazita. Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi PUSPANNITA JMG, Datin Na’imah Binti Hashim.

 

JUMBO SALE1

 

JUMBO SALE2

Lawatan MBInc ke Kompleks JMG Ipoh

KOMPLEKS JMG,IPOH 17 APRIL 2014 - Pihak MB Inc telah membuat lawatan ke Kompleks JMG Ipoh pada 17.04.2014 (Khamis) jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang atas jemputan JMG Malaysia, Perak. Seramai 10 pelawat dari MB Inc dan 17 wakil JMG terlibat dalam lawatan ini. Lawatan oleh MBInc bertujuan:

i. Menerangkan peranan MBInc dan hasrat membangunkan aktiviti sumber mineral negeri Perak.
i. Mengenali peranan BPT, PPM, danJMG Perak dengan lebih dekat.
ii. Memperkukuhkan hubungan kerjasama antara MBInc dan pejabat-pejabat BPT, PPM dan JMG Perak.
iii. Menjalin erat perhubungan diantara pegawai MBInc dan BPT, PPM & JMG Perak.


Pengarah JMG Malaysia, Perak, Wakil Pengarah PPM dan Pengarah BPT telah menyampaikan taklimat berkenaan pejabat masing-masing. Pihak MB Inc telah dibawa melawat Muzium Geologi, Perpustakaan dan Makmal Pusat Penyelidikan Mineral.

20

Taklimat mengenai JMG Perak oleh Pengarah JMG Perak

21

Penyampaian cenderahati kepada CEO MB Inc

2223

24

Lawatan ke muzium

25

Makan tengahari