SHAH ALAM, 21 Mac 2025 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan, Sesi Fotografi Hari Raya dan Taklimat Skim Takaful Kifayah CUEPACS oleh wakil daripada Syarikat Zurich TAKAFUL.
UCAPAN SALAM AIDILFITRI DARIPADA PENGARAH SERTA WARGA JMGSWP
KEJADIAN TANAH RUNTUH DI HIBISCUS RESIDENCE GOODVIEW, KAJANG, SELANGOR
Pasukan tindak balas JMG Selangor/Wilayah Persekutuan telah menjalankan pemeriksaan di tapak tanah runtuh di Hibiscus Residence Goodview, Kajang. Turut hadir adalah pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), pihak pemaju, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang Y.B. Tuan Cheong Kian Young.
Perbincangan adalah menjurus kepada langkah-langkah mitigasi yang bersesuaian. Pihak pemaju memberi jaminan bahawa langkah-langkah mitigasi akan dijalankan dengan segera. JMG sentiasa komited dalam memberikan khidmat nasihat teknikal dan kepakaran di dalam hal yang melibatkan bencana geologi.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP DAN PERPISAHAN PEGAWAI
SHAH ALAM, 7 Februari 2025 - JMGSWP telah manganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Perpisahan Pegawai yang bertempat di Bilik Kuarza. Majlis perhimpunan kali ini diserikan dengan majlis perpisahan dua warga jabatan yang akan berpindah ke JMG Sarawak. Mereka yang diraikan adalah En. Amir Syukri bin Jalaludin dan En. Bryien Emanuel bin Edwin Raduan. Terima kasih atas jasa dan sumbangan kalian. Semoga terus cemerlang di tempat baru.