PEPERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 01/2023

PEPERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 01/2023

SELANGOR, 09-10 Mei 2023 - Peperiksaan Pembedil (Amali) Bil. 1/2023 diadakan di Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan dan di Kuari Ang Cheng Sdn. Bhd.

Pegawai dari Unit Pembangunan Lombong dan Kuari JMGSWP telah melaksanakan peperiksaan lesen pembedil bagi sesi Bil.1 Tahun 2023.

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN KE JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR

KUNJUNGAN HORMAT JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN KE JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 25 Mei 2023 - Kunjungan Hormat Jabatan Mineral dan Geosains Selangor /Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Tuan Pengarah Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed kepada Pengarah Perhutanan Negeri Selangor diadakan pada 25 Mei 2023 di pejabat Pengarah Jabatan Hutan Selangor bagi membincangkan perkara berkaitan satu Pengurusan di awal bencana geologi, Pengurusan alam sekitar,Pengurusan sumber mineral NREE dan Pengurusan aktiviti lombong dan kuari di kawasan perhutanan Negeri Selangor.

SESI PENDAFTARAN DAN LATIHAN PENGUNAAN SISTEM "BLESS"

SESI PENDAFTARAN DAN LATIHAN PENGUNAAN SISTEM "BLESS"

SHAH ALAM, JMGSWP, 17 Mei 2023 - JMGSWP mengadakan satu Sesi Pendaftaran dan Latihan Penggunaan Sistem Business Licensing Electonic Support System (BLESS) Untuk Permohonan Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) untuk pengusaha-pengusaha kuari di Negeri Selangor yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Yang Berusaha Tuan Zambri bin Ramli.

ANJURAN EMPAT MAJLIS DALAM SATU JMGSWP

ANJURAN EMPAT MAJLIS DALAM SATU JMGSWP

SHAH ALAM, 19 Mei 2023 – JMGSWP telah menganjurkan empat majlis dalam satu, iaitu bermula dangan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei 2023, diikuti oleh  Majlis Perpisahan, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan diakhiri dengan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat jabatan.

Majlis yang diadakan pada tahun ini secara sederhana tetapi sangat meriah. Kehadiran warga jabatan adalah seratus peratus dan diserikan lagi dengan kehadiran kontinjen dari Ibu Pejabat Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia yang diketuai oleh Tuan Haji Nizarulikram bin Abdul Rahim.