SESI KETIKAN KAD PERAKAM DAN LAMBAIAN TERAKHIR KP JMG

 SESI KETIKAN KAD PERAKAM DAN LAMBAIAN TERAKHIR KP JMG
Satu Majlis 'punch-out’ Ketua Pengarah JMG Malaysia, YBrs. Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang dihadiri oleh Pengarah-pengarah Cawangan serta seluruh warga Ibu Pejabat JMG.
Di majlis ini juga YBrs. Tuan Haji Hisamuddin menyampaikan ucapan ringkas serta amanat terakhir yang disaksikan oleh warga kerja JMG yang hadir.
Seluruh warga kerja JMG ingin mengucapkan ‘Selamat Bersara’ dan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBrs. Tuan Haji Hisamuddin atas jasa dan khidmat bakti beliau selama 35 tahun dan 7 bulan berkhidmat sebagai penjawat awam. Sumbangan dan usaha yang telah diberikan pastinya akan terus dijayakan dan semoga persahabatan yang terjalin sepanjang perkhidmatan tidak akan terhenti di sini malah akan terus berkekalan.
Buah bidara si buah keranji,
Berseni ditampan dek seri siantan,
Selamat bersara tuan KP JMG,
Budi dan jasa tuan dalam ingatan.
Selamat menikmati alam persaraan dan selamat maju jaya.

Implementasi inisiatif Environmental, Social and Governance atau ESG dalam industri mineral di Malaysia

Implementasi inisiatif Environmental, Social and Governance atau ESG dalam industri mineral di Malaysia
▪️Pihak JMG telah menyediakan kajian soal selidik mengenai “Implementasi inisiatif Environmental, Social and Governance atau ESG dalam industri mineral di Malaysia”.
▪️Kajian ini disasarkan kepada pelbagai pihak untuk mengenalpasti tahap penglibatan dan ketersediaan pemain-pemain industri mineral di Malaysia terhadap inisiatif ESG.
Klik pautan di bawah untuk menjawab kajian soal selidik 👇🏻

Perkongsian Infografik modul pelaporan dalam talian bagi Ringkasan Perangka Lombong Bulanan atau eRPLB oleh Unit Tekno Ekonomi, Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat

Perkongsian Infografik modul pelaporan dalam talian bagi Ringkasan Perangka Lombong Bulanan atau eRPLB oleh Unit Tekno Ekonomi, Cawangan Ekonomi Mineral Ibu Pejabat
Hebahan Modul Pelaporan Ringkasan Perangka Lombong Bulanan Secara Dalam Talian (eRPLB)
Unit Tekno Ekonomi, Cawangan Ekonomi Mineral telah membangunkan modul pelaporan dalam talian bagi Ringkasan Perangka Lombong Bulanan atau eRPLB.
eRPLB ini disasarkan kepada kumpulan pengguna yang merupakan pengusaha kepada aktiviti perlombongan di seluruh negara, dan penggunaan eRPLB ini akan menggantikan penggunaan format pelaporan semasa (menggunakan Borang JMG 338 RPLB Pin. 1/99) yang selama ini dikemukakan secara manual, secara berperingkat.

Mesyuarat semakan sistem fasa 2 bil. 2 untuk pembangunan sistem fasa 2 (modul aplikasi dan paparan) bagi Projek Pembangunan Sistem MINGEOGIS

Mesyuarat semakan sistem fasa 2 bil. 2 untuk pembangunan sistem fasa 2 (modul aplikasi dan paparan) bagi Projek Pembangunan Sistem MINGEOGIS
Mesyuarat semakan sistem fasa 2 bil. 2 untuk pembangunan sistem fasa 2 (modul aplikasi dan paparan) bagi projek pembangunan sistem mingeogis telah diadakan pada 21-23 Mac 2023 bertempat Bilik Mesyuarat Tingkat 6, ALAMI Technologies Sdn. Bhd.
Cyberjaya, Selangor
 
Agenda yang dibincangkan:
 Pengurusan Data dan Map Servis
 Dashboard Kluster Data
 Dashboard Permohonan Data
 Dashboard Permohonan Analisis Makmal
 Dashboard Eksekutif
 Laporan

RAMADAN TIBA RAMADAN TIBA…

RAMADAN TIBA RAMADAN TIBA…

"ALLAHUMMA ballighna Ramadan" (Ya Allah, sampaikan kami sehingga Ramadan) - demikianlah doa yang sentiasa menitip di bibir junjungan agung Rasulullah SAW menuju Ramadan.

Alhamdullilah pada 27 Mac 2023 (Isnin) AJK BKKI mengambil kesempatan dalam bulan Ramadan ini mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk dan edaran buah kurma serta dikongsikan kepada semua warga JMG Sabah tanpa mengira latar belakang agama.  Aktiviti memasak bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan kakitangan tanpa mengira status dan agama.

Usaha gigih yang berterusan ini dapat menggalakkan budaya keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan dikalangan kakitangan dan Ramadan ini detik terbaik pencetus perpaduan dalam memacu kejayaan ummah.