PENGANUGERAHAN PINGAT PEKERTI TERPILIH (P.P.T) DAN PINGAT JASA KEBAKTIAN (P.J.K)

PENGANUGERAHAN PINGAT PEKERTI TERPILIH (P.P.T) DAN PINGAT JASA KEBAKTIAN (P.J.K)

11 Mac 2023 (Sabtu) : Setinggi - tinggi tahniah daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak (JMG Perak) kepada En Mohamad Zulkefli Yusof di atas penerimaan anugerah Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) dan Puan Junaidah Omar di atas penerimaan anugerah Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) bersempena dengan Majlis Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 11 Mac 2023.

Mesyuarat Teknikal Projek Penilaian Unsur Nadir Bumi Bil. 1/2023

Mesyuarat Teknikal Projek Penilaian Unsur Nadir Bumi Bil. 1/2023

IPOH,  20 Mac 2023: Hari ini telah diadakan Mesyuarat Teknikal Projek Penilaian Unsur Nadir Bumi (REE) Bilangan 1/2023. Mesyuarat bertempat di Bilik Mesyuarat Marmar, JMG Perak bertujuan untuk membincangkan pelaporan teknikal oleh pegawai-pegawai projek, pembentangan input baharu Garis Panduan Eksplorasi REE, Modul Latihan dan Pembangunan Kapasiti dan lain-lain hal berkaitan. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mahat Bin Sibon bagi pihak Ketua Projek Dr. SIa Say Gee.

Mesyuarat Pre Exit Pengauditan Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral Dan Geosains (MINGEOGIS)

Mesyuarat Pre Exit Pengauditan Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral Dan Geosains (MINGEOGIS)
Mesyuarat Pre Exit Pengauditan Pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Mineral Dan Geosains (MINGEOGIS) telah diadakan di
Bilik Mesyuarat Garnet Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG.
 
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan Pengurusan Maklumat Tn.Hj. Mohd Zulkiflee Bin Che Soh dan wakil auditor NRECC En. Khairul Ezwan dan En. Muzammil
 
Objektif diadakan audit dalam adalah untuk membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin untuk menilai dan memperbaiki keberkesanan kawalan, pengurusan risiko dan proses tadbir urus.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 & Majlis Persaraan Ketua Pengarah JMG dan kakitangan Ibu Pejabat JMG 2023

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022  & Majlis Persaraan Ketua Pengarah JMG dan kakitangan Ibu Pejabat JMG 2023
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022&
Majlis Persaraan Ketua Pengarah JMG dan kakitangan Ibu Pejabat JMG 2023
📆 17 Mac 2023
⏰8.30 pagi
📍 Dewan KPDN, Putrajaya
Majlis yang bertemakan Tradisional Malaysia telah berlangsung dengan amat meriah sekali.
Majlis dimulakan dengan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan diikuti dengan acara meraikan Persaraan YBrs. Tn Hj Hisamuddin b. Termidi, Ketua Pengarah JMG. Turut diraikan ialah persaraan Tn Hj Azemi b. Eki, Mantan Pengarah Kanan BPT JMG, Pn Arbi'ah bt. Musirin, Setiausaha Pejabat serta En Ayob Khan b. Ratu, Pembantu Operasi.
Sekalung tahniah kepada semua penerima APC.
Terimakasih atas budi bertahun segunung intan kepada yang raikan persaraannya.

Kejohanan Sukan JMG 2023

Kejohanan Sukan JMG 2023
Kejohanan Sukan JMG 2023
📍Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
📆 16 Mac 2023
Kejohanan Sukan ini dihadiri lebih dari 316 atelit menerusi 9 acara sukan.
Kejohanan dirasmikan oleh YBrs. En. Zamri bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG di Arena Azman Hashim, UKM.
 
🥇🥈🥉Keputusan Sukan JMG 2023
BOLASEPAK ⚽️
Pertama : Zon Utara
Kedua : Zon Selatan
Ketiga : Zon Borneo
 
BOLA JARING 🏀
Pertama : Zon Selatan
Kedua : Zon Utara
Ketiga : Zon Borneo
 
SEPAK TAKRAW
Pertama : Zon Selatan
Kedua : Zon Timur
Ketiga : Zon Utara
 
CATUR ♟
Pertama : Zon Timur
Kedua : Zon Selatan
Ketiga Zon Utara
 
DART 🎯
Pertama : Zon Selatan
Kedua : Zon Utara
Ketiga : Zon Timur
 
KAROM
Pertama : Zon Utara
Kedua : Zon Timur
Ketiga : Zon Selatan
 
PING PONG 🏓
Pertama : Zon Utara
Kedua : Zon Timur
Ketiga : Zon Selatan
 
ESPORT 🎮
Pertama : Zon Utara
Kedua : Zon Timur
Ketiga : Zon Selatan
 
BADMINTON 🏸
Pertama : Zon Utara
Kedua : Zon Borneo
Ketiga : Zon Timur
 
Syabas kepada semua team yang terlibat !