MAJLIS AMANAT PERDANA MENTERI KEPADA PENJAWAT AWAM DAN PERSEKUTUAN DI SABAH

MAJLIS AMANAT PERDANA MENTERI KEPADA PENJAWAT AWAM DAN PERSEKUTUAN DI SABAH

KOTA KINABALU (28 FEBRUARI 2023, SELASA) : Seramai 16 orang kakitangan pelbagai gred dan wakil pengarah iaitu menanggung TPSM Encik Daulip @ Dee Dee L. Lakkui telah hadir ke majlis tersebut di Sabah International Convention Centre (SICC).  Amat membanggakan majlis julung kali ini diadakan secara gabungan antara anggota perkhidmatan awam negeri dan persekutuan di Sabah.  Majlis ini juga dapat ditonton secara maya.  Seramai lebih kurang tujuh ribu penjawat awam telah hadir ke majlis amanat ini.  Majlis bermula dari jam 1 petang dan bersurai sekitar jam 6 petang.  Dif-dif jemputan terdiri daripada Setiausaha-setiausaha Tetap Kementerian, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, YB Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan YB Ahli Dewan Rakyat, YB Pembantu-pembantu Menteri dan Timbalan Speaker, Setiausaha Persekutuan Sabah.  Turut hadir YB Timbalan-timbalan Menteri Persekutuan dari Sabah, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Setiausaha Negara.  Bersama hadir ke majlis tersebut, YB Menteri-menteri Kabinet Negeri Sabah, YB Menteri-menteri Persekutuan dari Sabah dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah. 

Melalui wacana bersama YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Dalam Negeri telah memberi sesi pengkongsian seperti memperkenalkan mengenai tema iaitu Malaysia Madani yang mana visi adalah membina Malaysia yang Madani, Maju dan Sejahtera menjelang 2030 dengan matlamat “sebuah negara bangsa Malaysia Madani yang tertegak berteraskan prinsip kelestarian, ihsan, hormat menghormati, berinovasi, kesejahteraan dan kepercayaan menuju Malaysia baharu yang megah di persada dunia”.  Dasar utama agenda perpaduan Malaysia adalah seperti Rancangan Malaysia ke-12, Bajet 2023, Pelan Antirasuah dan Tatakelola Terbaik Negara serta Sustainable Development Goals. Manakala ada empat teras strategik iaitu membina semula ekonomi, menjamin kesejahteraan insan, reformasi institusi demokrasi dan perundangan serta mewujudkan pentadbiran beramanah.

Memetik ucapan daripada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah “justeru kita perlu mempercepatkan langkah agar tindakan kita bukan saja pantas dan tangkas tetapi juga tepat pada sasaran dalam memastikan kemajuan kejayaan, libat gandakan usaha bagi mengekalkan rekod kejayaan dan kecemerlangan kita dalam mengurus dan mentadbir negeri yang tercinta, anggota perkhidmatan awam adalah jentera kerajaan dan juga bertanggungjawab memastikan peningkatan hasil negeri agar dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat”.

Dalam ucapan amanat YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, beliau berkata “jaga negeri ini baik-baik dan jangan jadikan politik itu tempat adu domba, permusuhan yang tidak berkesudahan.  Ada mandat sekarang, gunakan mandat itu, jaga negeri ini dan pimpinan itu dipilih jaga amanah bukan untuk khianati amanah.  Mentadbir negeri, menjaga keamanan dan mengangkat martabat negeri dan rakyat di Sabah”.

 

Kunjungan daripada Agensi Nuklear Malaysia (ANM)

Kunjungan daripada Agensi Nuklear Malaysia (ANM)
IPOH, 9 MAC - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima kunjungan daripada Agensi Nuklear Malaysia (ANM) bagi perbincangan berkaitan dengan pengekstrakan unsur nadir bumi (REE) daripada sumber lempung jerapan ion (IAC), bauksit dan saliran lombong berasid (AMD) serta potensi kerjasama.
 
Dalam rangka lawatan ini, rombongan ANM yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Teknologi Industri, Dr. Nor Pa’izal bin Mohamad Hasan bersama pegawai-pegawai penyelidik dari Unit Mineral dan Nadir Bumi, ANM.
Rombongan telah diberi taklimat ringkas pengenalan PPM, perbincangan, dibawa melawat ke Galeri PPM dan demonstrasi ujian pengekstrakan REE di makmal.
 
Semoga kunjungan lawatan ini dapat membuka peluang kerjasama dalam meningkatkan lagi industri mineral di negara ini.

PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2023 JMG SABAH

PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2023 JMG SABAH

Perhimpunan bertarikh 24 Februari 2023 (Jumaat) bertempat di Dewan Nephrite (Bilik Mesyuarat Utama) dan dihadiri seramai 62 kakitangan.  Penyelaras pada bulan ini adalah Unit Pengurusan Maklumat.  Majlis dimulakan dengan ketibaan pegawai dan kakitangan JMG Sabah sekitar jam 8:45 pagi dan diikuti ketibaan Timbalan-Timbalan Pengarah dan Ketua-Ketua Aktiviti serta ketibaan TPGS, Puan Jenneth Cyril selaku wakil Tuan Pengarah JMG Sabah.  Bagi memberkati majlis, pimpinan doa disampaikan oleh Encik Ruddey bin John Michael daripada Unit Geosains.  Lagu wajib Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Perkhidmatan Awam adalah wajib dalam majlis rasmi kerajaan bagi sentiasa mengingatkan kakitangan tentang kecintaan kita kepada negara Malaysia.  Perutusan Tuan Pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Geosains Puan Jenneth Cyril.  Dalam perutusan Tuan Pengarah telah menyentuh beberapa aspek Pentadbiran, Kewangan, Perkhidmatan dan Projek Pembangunan serta Laporan Bergambar Aktiviti/Unit.  Taklimat pada bulan ini, telah disampaikan oleh Encik Cleafos Totu dari Unit Sumber Mineral.  Tajuk taklimat tersebut adalah Sumber Ekstraksi dan Kegunaan REE.  Antara Intipati taklimat beliau adalah mengenai Takrifah Rare Earth Elemnts/Unsur Nadir Bumi, World REE Deposits, Sumber NREE Malaysia, Sumber Skandium Sabah, Perlombongan REE, Model dan Schematic Diagram Showing in-situ leaching of ion adsorption clay REE deposits, Value chain from REE solution mining ion adsorption clay to product dan Kegunaan REE.  Pada majlis kali ini juga, pihak pengurusan telah membuat penyerahan surat lantikan bagi Pembantu Pegawai Kenderaan, Pegawai Mengawasi Mesin-Mesin Fotostate dan AJK Keceriaan.  Majlis juga mengambil kesempatan untuk meraihkan perpisahan perpindahan Encik Jaineh Lingi yang akan ke BPT, Perak.  Isian majlis tersebut adalah persembahan montaj beliau, ucapan pengarah/wakil pengarah, ucapan pengawai itu sendiri dan ucapan terbuka daripada kakitangan JMG Sabah.  Warga JMG Sabah juga turut menyampaikan cendera kenangan di atas jasa baik beliau selama ini. Semoga beliau terus sukses di tempat baru.