Perhimpunan bertarikh 24 Februari 2023 (Jumaat) bertempat di Dewan Nephrite (Bilik Mesyuarat Utama) dan dihadiri seramai 62 kakitangan. Penyelaras pada bulan ini adalah Unit Pengurusan Maklumat. Majlis dimulakan dengan ketibaan pegawai dan kakitangan JMG Sabah sekitar jam 8:45 pagi dan diikuti ketibaan Timbalan-Timbalan Pengarah dan Ketua-Ketua Aktiviti serta ketibaan TPGS, Puan Jenneth Cyril selaku wakil Tuan Pengarah JMG Sabah. Bagi memberkati majlis, pimpinan doa disampaikan oleh Encik Ruddey bin John Michael daripada Unit Geosains. Lagu wajib Negaraku, Sabah Tanah Airku dan Lagu Perkhidmatan Awam adalah wajib dalam majlis rasmi kerajaan bagi sentiasa mengingatkan kakitangan tentang kecintaan kita kepada negara Malaysia. Perutusan Tuan Pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Geosains Puan Jenneth Cyril. Dalam perutusan Tuan Pengarah telah menyentuh beberapa aspek Pentadbiran, Kewangan, Perkhidmatan dan Projek Pembangunan serta Laporan Bergambar Aktiviti/Unit. Taklimat pada bulan ini, telah disampaikan oleh Encik Cleafos Totu dari Unit Sumber Mineral. Tajuk taklimat tersebut adalah Sumber Ekstraksi dan Kegunaan REE. Antara Intipati taklimat beliau adalah mengenai Takrifah Rare Earth Elemnts/Unsur Nadir Bumi, World REE Deposits, Sumber NREE Malaysia, Sumber Skandium Sabah, Perlombongan REE, Model dan Schematic Diagram Showing in-situ leaching of ion adsorption clay REE deposits, Value chain from REE solution mining ion adsorption clay to product dan Kegunaan REE. Pada majlis kali ini juga, pihak pengurusan telah membuat penyerahan surat lantikan bagi Pembantu Pegawai Kenderaan, Pegawai Mengawasi Mesin-Mesin Fotostate dan AJK Keceriaan. Majlis juga mengambil kesempatan untuk meraihkan perpisahan perpindahan Encik Jaineh Lingi yang akan ke BPT, Perak. Isian majlis tersebut adalah persembahan montaj beliau, ucapan pengarah/wakil pengarah, ucapan pengawai itu sendiri dan ucapan terbuka daripada kakitangan JMG Sabah. Warga JMG Sabah juga turut menyampaikan cendera kenangan di atas jasa baik beliau selama ini. Semoga beliau terus sukses di tempat baru.