Perhimpunan Bulanan JMGNSM - Jun 2021

Perhimpunan Bulanan JMGNSM - Jun 2021

Isnin, 21 Jun 2021 - Perhimpunan Bulanan JMGNSM bagi bulan Jun 2021 telah diadakan pada hari ini secara maya dengan  disertai oleh seramai 40 orang kakitangan JMGNSM. Majlis Perhimpunan Bulanan ini diadakan secara ringkas dan sederhana dengan pengisian dan amanat yang telah disampaikan oleh En Joanes bin Muda, Pengarah JMG NSM. Majlis ini juga diadakan adalah bagi meraikan persaraan Esa A. Rahman yang akan bersara mulai 21 Jun 2021 setelah berkhidmat selama 40 tahun.

 

Pada kesempatan tersebut, Tuan Pengarah mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada En Esa bin A. Rahman kerana telah memberi khidmat yang terbaik sepanjang menjadi penjawat awam. Beliau turut berharap agar En Esa diberi kesihatan yang baik setelah bersara nanti. Selain daripada itu, beliau turut telah menasihati kakitangan JMGNSM yang lain agar mengikuti SOP yang telah disarankan oleh Kerajaan serta menjaga diri dari dijangkiti wabak yang sedang melanda ini.
 
Majlis ini turut  telah diserikan dengan Ucapan Perpisahan dari Wakil Unit Sumber Mineral, Pn Noran Nabilla Nor Azlan, Penolong Pengarah Aktiviti Mineral Perindustrian  serta ucapan daripada En Esa A. Rahman kepada semua kakitangan JMG NSM. 

Written by : norhayati_mr