MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 10/2021 DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 10/2021 DAN MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI

SHAH ALAM, 11 Oktober 2021 - JMGSWP telah megadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 10/2021 secara hibrid dan Majlis Perpisahan dua orang pegawai dari Unit Pembangunan Lombong dan Kuari, iaitu En. Ir. Juna Azleen b. Abdul Ghani yang akan ditukarkan ke JMG Sarawak atas kenaikan pangkat serta En. Ahmad Khuzer b. Mohamad Azmi yang telah berpindah ke JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang.

Majlis dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi, diacarakan oleh En. Azira b. Ramely, bacaan doa oleh En. Mohd Hafiz b. Rusli dan lafaz ikrar integriti perkhidmatan awam oleh En. Mohd Fauze b. Ab. Majid. Pengarah JMGSWP, Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Zulkiflee b. Che Soh telah menyampaikan perutusan, disusuli dengan tayangan montaj video serta gambar aktiviti jabatan sepanjang bulan September 2021 dan diakhiri dengan majlis perpisahan.

Yang Berusaha Pengarah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Juna Azleen serta En. Ahmad Khuzer atas sumbangan yang telah mereka curahkan sepanjang berkhidmatan di negeri Selangor dan mendoakan agar mereka terus cemerlang di tempat baru. Tahniah.

PROGRAM PENDAKIAN BUKIT BESAR (HARI SIHAT KESKET JMG TERENGGANU)

PROGRAM PENDAKIAN BUKIT BESAR (HARI SIHAT KESKET JMG TERENGGANU)

Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKET) JMG Terengganu telah menganjurkan satu program pendakian ke Bukit Besar, Kuala Terengganu bersempena dengan Hari Sihat KESKET. Program ini bertujuan memupuk semangat di kalangan kakitangan JMG Terengganu untuk mengamalkan cara hidup sihat setelah hampir setahun di belenggu oleh perintah kawalan pergerakan (PKP). Kelonggaran yang diberikan untuk membenarkan aktiviti riadah dilakukan semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 berdasarkan SOP yang ditetapkan telah dimanfaatkan oleh KESKET.

Pendakian berjarak 1.83 km ke puncak Bukit Besar yang berketinggian 152 m ini telah disertai seramai 11 orang ahli KESKET.  Pendakian naik dan turun Bukit Besar telah mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Di sepanjang perjalanan tersebut, ahli KESKET telah diberikan penerangan oleh Encik Khairul Anuar selaku ketua pendakian berkenaan dengan Bukit Besar.

Penganjuran aktiviti sebegini diharapkan akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan semoga terus mendapat sambutan yang mengalakkan daripada ahli KESKET.

MAJLIS PENYERAHAN LAPORAN BENCANA GEOLOGI TANAH RUNTUH KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR

MAJLIS PENYERAHAN LAPORAN BENCANA GEOLOGI TANAH RUNTUH KEPADA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR

SELANGOR, 28 September 2021.  Majlis Penyerahan Laporan Bencana Geologi Tanah Runtuh Kemensah Height telah disempurnakan oleh Pengarah JMG Selangor/W. Persekutuan, Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh kepada pengerusi Pengurusan Bencana Daerah Gombak merangkap Pegawai Daerah Gombak, Puan Nor Azlina binti Abdul Aziz di Pejabat Daerah Gombak dan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Tuan Mohd Fauzi bin Mohd Yatim di Ibu Pejabat MPAJ. Kedua-dua sesi tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Geosains Encik Edward Muol dan Encik Syed bin Omar. Pihak JMG juga menyampaikan senaskah "Coffee Table Book" PBRC sebagai iringan.