BENGKEL TEKNOLOGI RAWATAN PASIF ACID MINE DRAINAGE (AMD) DAN FITOREMEDIASI

BENGKEL TEKNOLOGI RAWATAN PASIF ACID MINE DRAINAGE (AMD) DAN FITOREMEDIASI

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 7 dan 8 hb Ogos, 2019. Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong Dan Kuari (CTPLK) telah menganjurkan satu Bengkel Teknologi Rawatan Pasif Acid Mine Drainage (AMD) dan Fitoremediasi pada 7hb hingga 8hb Ogos 2019 betempat di Dewan Seminar Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh, Perak dan Stesen Ujian Galian (SUGA), Malim Nawar, Perak. Seramai 20 orang pegawai penyelidik dan pembantu penyelidik telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan PPM, En Aminudin bin Mahmud.

Baca selanjutnya

KAMPUS PPM OGOS 2019: PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

KAMPUS PPM OGOS 2019: PEMBENTANGAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 23 dan 30 Ogos, 2019. Seramai tujuh pelajar dari pelbagai universiti tempatan telah berjaya menamatkan latihan industri mereka di PPM. Dua sesi pembentangan tamat latihan oleh pelajar-pelajar seperti nama yang terdapat dijadual bawah ini telah diadakan pada 23 dan 30 Ogos 2019.

  • Mohamad Farhan Bin Ruslan
    B.Eng (Hons.) Chemical Engineering, Universiti Malaysia Pahang
  • Nursyafiqa Binti Shabri
    Bachelor of Science (Hons) In Geology, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.
  • Wan Siti Shakirah Binti Mohd Faris
    Bachelor of Science (Hons) In Geology, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.
  • Ira Wahadah Binti Md Ghazali
    Ijazah sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia, Uitm Negeri Sembilan
  • Eza Izzah Binti Ramli
    Diploma Sains Komputer, Universiti Teknologi MARA (Perak) Kampus Tapah
  • Nur Maizatul Diana Binti Ramli
    Ijazah Kejuruteraan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Nazila Binti Adnan
    Ijazah Kejuruteraan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia (USM)
Baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-62 BAGI TAHUN 2019 PERINGKAT PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-62 BAGI TAHUN 2019 PERINGKAT PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 29 Ogos 2019. Pada 31 Ogos setiap tahun, negara kita akan menyambut ulangtahun hari kemerdekaannya. Pada tahun 2019, sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-62, Jawatankuasa Sambutan Kemerdekaan di Pusat Penyelidikan Mineral telah menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik seperti pertandingan mewarna, pertandingan gambar #wefie bertemakan “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”, tayangan filem pendek, deklamasi sajak/puisi kemerdekaan dan kuiz minda merdeka.

Baca selanjutnya

PROGRAM PENYELIDIKAN JEJAK WARISAN BUDAYA (JAWAB) DI MUKIM ENDAU, MERSING

PROGRAM PENYELIDIKAN JEJAK WARISAN BUDAYA (JAWAB) DI MUKIM ENDAU, MERSING

Mersing, 6 Ogos 2019 - Satu Program Penyelidikan Jejak Warisan Budaya (JAWAB) telah dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor bagi membuat penyelidikan dan mendokumentasikan budaya di kawasan Mukim Endau. JMG Johor telah dijemput untuk memberi penerangan mengenai Geotapak kawasan Tanjung Kempit kerana ia mempunyai sejarah warisan batuan yang tertua di Mersing. Seramai 16 orang peserta daripada berbagai agensi telah terlibat dalam Program tersebut.

Baca selanjutnya