LAWATAN KERJA TAPAK PROJEK PERINTIS UNSUR NADIR BUMI BUKAN RADIOAKTIF DI MUKIM KENERING, GERIK PERAK (7-8 Januari 2024)

LAWATAN KERJA TAPAK PROJEK PERINTIS UNSUR NADIR BUMI BUKAN RADIOAKTIF DI MUKIM KENERING, GERIK PERAK (7-8 Januari 2024)

Pengarah JMG Terengganu, Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Timbalan Pengarah Lombong&Kuari dan beberapa pegawai-pegawai kanan daripada agensi kerajaan di negeri Terengganu bersama-sama delegasi dari SUK Negeri Terengganu telah melakukan lawatan kerja ke Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Unsur Nadir Bumi di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Tapak Projek Perintis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif di Mukim Kenering, Gerik, Perak. Lawatan kerja anjuran SUK negeri Terengganu ini telah diketuai oleh Yang Berhormat Hj Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian Dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu.

Lawatan kerja ini telah memberi pendedahan kepada ahli delegasi mengenai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) sumber nadir bumi (REE) di Malaysia serta tentang teknik pengekstrakan jerapan ion secara larut resap in-situ (In-Situ Leaching) sehingga ke pemprosesan bijih untuk menghasilkan karbonat lantanida sebagai produk akhir

 

 

PEMERIKSAAN KESIHATAN KAKITANGAN JMG TERENGGANU

PEMERIKSAAN KESIHATAN KAKITANGAN JMG TERENGGANU

Pada 30 November, Perhimpunan Bulanan November telah diadakan dengan giliran penganjuran oleh unit Geosains. Perhimpunan ini telah diadakan bersekali dengan Saringan dan Ceramah Kesihatan dengan kerjasama KESKET. Pemeriksaaan Saringan Kesihatan ini telah menerima sambutan positif daripada kakitangan JMG. Pegawai Perubatan yang hadir juga turut memberi khidmat nasihat kesihatan kepada kakitangan yang berisiko selepas ujian saringan dilaksanakan. Ceramah kesihatan berkaitan penyakit tidak berjangkit bersemepena dengan bulan Diabetes turut diadakan selepas ujian saringan kesihatan dilaksanakan. Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang telah memberi kerjasama yang baik dan semoga program ini dapat dianjurkan secara berkala. Pada masa yang sama, pengisiaan perhimpunan bulanan turut dimeriahkan dengan sambutan Hari Lahir selain dari ucapan Pengarah JMG Terengganu.

PANGEA

PANGEA

Catatan Tektonik: Pangea 1. Pada sekitar 300-200 juta tahun lampau, bumi mempunyai satu daratan sangat besar (super continent) dipanggil Pangea dan satu lautan luas dipanggil Panthalassa. 2. Lautan pada 'Teluk' yang terbentuk dalam Pangea pula dipanggil Lautan Tethys. 3. Pada 200 juta tahun, proses Hanyutan Benua bermula dan secara perlahan-lahan memisahkan Pangea kepada 2 bahagian iaitu Laurasia di bahagian utara dan Gondwana di bahagian selatan. 4. Proses geologi tersebut masih terus berlangsung hingga ke hari ini diwakili dengan berlakunya gempa bumi dan letusan volkano akibat pertembungan atau pergeseran plat-plat bumi/kerak bumi. 5. Melalui korelasi fosil-fosil dalam kajian paleontologi dapat memadankan kerak-kerak tersebut yang suatu masa dahulu ia adalah bersatu. 6. Fosil-fosil yang terdapat di Malaysia mempunyai pengaruh atau berasal dari Lautan Tethys dengan sedikit percampuran fosil daripada rantau Laurasia dan Gondwana. “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamu sangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”- Al-Naml 27:28 c&p…Kredit pada Omèn Necrofis

MAJLIS MENGADAP DYMM SULTAN TERENGGANNU

MAJLIS MENGADAP DYMM SULTAN TERENGGANNU

MAJLIS MENGADAP DYMM SULTAN TERENGGANU SEMPENA PERSEMBAHAN TAKLIMAT PERLOMBONGAN MINERAL UNSUR NADIR BUMI ( REE) DI ISTANA SYARQIYYAH TERENGGANU Tarikh : 19 September 2023 Hari : Selasa Masa : 11.00 pagi Tempat : Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu Kod Pakaian : Long Suit berwarna gelap dan bersongkok YBhg. Datuk Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), YBrs. En Yusari bin Basiran, Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral (EM) dan YBrs Pn. Habibah bt Tahir Pengarah JMG Negeri Terengganu telah dijemput ke Majlis Mengadap Sempena Persembahan Taklimat Perlombongan Unsur Nadir Bumi (REE) Negeri Terengganu. #nadirbumi #jmgmalaysia #NRECC #MalaysiaMadani