MAJLIS SOLAT HAJAT DAN RAMAH MESRA PENDUDUK KAMPUNG LUBUK BATU, KEMAMAN, TERENGGANU.

Kg. Lubuk Batu, 28 April 2018(Sabtu) – Majlis solat hajat dan ramah mesra bersama penduduk kampung Lubuk Batu telah dilaksanakan. Majlis ini dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bertempat di Surau Kg. Lubuk Batu, Kemaman, Terengganu. Majlis ini dimulakan pada jam 6.30 petang dan berakhir selepas solat isyak. En. Razaidi (KUPM) telah hadir ke majlis berkenaan.

PROGRAM JOM PAKAT CANDAT SOTONG ANJURAN KESKET DAN JMG TERENGGANU.

PROGRAM JOM PAKAT CANDAT SOTONG ANJURAN KESKET DAN JMG TERENGGANU.

Marang, 27 April 2018(Jumaat) – Mencandat sotong merupakan aktiviti wajib bagi penduduk tempatan dan pelancong yang datang ke Negeri Terengganu. Pesta mencandat sotong akan bermula pada bulan April hingga bulan Oktober setiap tahun. Kelab KESKET telah mengambil peluang ini bagi memberi peluang kepada mana-mana kakitangan yang berminat dan belum pernah merasa suasana memancing dan mencandat sotong di laut. Program ini bermula pada jam 5.00 petang dan berakhir keesokan paginya. Hasil tangkapan amat lumayan.

 

blog 66

.

blog 67

 

blog 70

 

blog 69

 

blog 71

 

blog 68

LAWATAN KERJA KE TAPAK GEOLOGI WARISAN PULAU GEMIA DAN PULAU KAPAS, MARANG, TERENGGANU.

LAWATAN KERJA KE TAPAK GEOLOGI WARISAN PULAU GEMIA DAN PULAU KAPAS, MARANG, TERENGGANU.

Kuala Terengganu 26 April 2018 – Sempena cuti hari ulang tahun Keputraan Sultan Terengganu, satu lawatan kerja ke Tapak Geologi Warisan Pulau Gemia dan Pulau Kapas telah diadakan. Program lawatan ini diuruskan oleh Cik Nor Azrah Bt Md Atan (PG(GS-PG)). Semasa lawatan, penerangan tentang gologi dan pembentukan Pulau Gemia dan Pulau Kapas telah diberikan oleh beliau. Selain itu, beberapa tapak warisan geologi turut dilawati.

blog 63

Peserta lawatan menaiki bot laju dari Jeti Marang ke Pulau Gemia dan seterusnya ke Pulau Kapas

blog 61

Sambil menyelam, minum air..sambil belajar geologi kita cari Gamat sekali

blog 62

Antara tapak warisan geologi yang dilawati

blog 64

Berehat melepaskan lelah

PERHIMPUNAN BULANAN JMGTGG APRIL 2014

PERHIMPUNAN BULANAN JMGTGG APRIL 2014

Kuala Terengganu 25 April 2018 – JMGTGG telah mengadakan Perhimpunan Bulanan peringkat jabatan buat kali keempat dalam tahun 2018.

Perhimpunan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kasiterit ini dikelolakan oleh Unit Pengurusan Maklumat dan dihadiri oleh semua kakitangan jabatan. Dalam perutusan yang disampaikan oleh Pengarah, Tuan Azemi Bin Hj. Eki, beliau mengalu-alukan kehadiran 3 orang kakitangan baru ke jabatan dan mengharapkan setiap penjawat awam sentiasa komited dan bekerjasama menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan baik.

Perhimpunan berakhir pada jam 11.30 pagi dengan jamuan makan tengah hari yang dimasak sendiri oleh kakitangan jabatan bermula jam 12.30 tengah hari.

 

blog 59

Kakitangan yang hadir semasa majlis Perhimpunan Bulanan Bil.4/2018

blog 57

KESKET meraikan hari lahir pada bulan Mac dan April

blog 56

Selamat datang Wan Asri Bin Wan Husin(pemandu) ke JMG Terengganu.  Sebelum ini beliau berkhidmnat di JKPTG Terengganu.

blog 55

Selamat datang Nor Hazwani Bin Mohd Sauti

(Pembantu Setiausaha Pejabat)ke JMG Terengganu

blog 54

Selamat datang Rahman Bin Ismail(pembantu geosains) ke JMG Terengganu.  Sebelum ini beliau berkhidmnat di JMG Johor.

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTRAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU.

MAJLIS SOLAT HAJAT, BACAAN YASSIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA ULANG TAHUN KEPUTRAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN TERENGGANU.

Kuala Terengganu, 24 Mac 2018(Selasa) – Majlis solat hajat dan baca Yassin telah dilaksanakan sempena ulang tahun Keputraan Sultan Terengganu. Majlis ini dianjurkan oleh unit Hal Ehwal Agama Terengganu bertempat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu. Majlis ini dimulakan pada jam 6.30 petang dan berakhir selepas solat isyak. En. Razaidi (KUPM) telah hadir ke majlis berkenaan.