PERHIMPUNAN BULANAN JMGTGG MEI 2018

PERHIMPUNAN BULANAN JMGTGG MEI 2018

Kuala Terengganu, 28 Mei 2018 – JMGTGG telah mengadakan Perhimpunan Bulanan peringkat jabatan buat kali kelima dalam tahun 2018.

Perhimpunan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Kasiterit ini dikelolakan oleh Unit Pengurusan Maklumat dan dihadiri oleh kakitangan jabatan. Dalam perutusan yang disampaikan oleh Tuan Pengarah, En. Azemi Bin Hj. Eki, beliau mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kakitangan.

Baca selanjutnya

PENEMUAN BARU FOSIL TUMBUHAN DI POTONGAN JALAN KG. KERUAK KE KUALA BERANG

PENEMUAN BARU FOSIL TUMBUHAN DI POTONGAN JALAN KG. KERUAK KE KUALA BERANG

Jertih, 13 Mei 2018(Ahad) – Walaupun 13 Mei merupakan cuti kelepasan am tambahan seluruh negara, Kerja lapangan yang dijadualkan diteruskan seperti biasa sepertimana yang dirancang. Kerja lapangan antara KUGS dengan pensyarah dari UKM telah dijalankan di Jln Kg. Keruak ke Kuala Berang. Kerja lapangan sepanjang cerun potongan jalan ini bertujuan untuk mencari fosil tumbuhan seperti yang terdapat di Empangan Paya Peda.

Geologi kawasan ini, batuannya terdiri daripada selang lapis antara meta batu pasir, konglomerat, batu lumpur, abu volcano dan sedikit filit. Batuan didapati berwarna kelabu cerah dengan sebahagiannya dilapisi oleh besi oksida. Batuan menunjukkan perlapisan yang nipis hingga sederhana tebal.

Kebanyakan lapisan dikawasan ini mengalami perlipatan dan penyesaran. Sesetengah-setengah tempat ianya mengalami perlipatan yang kompleks. Arah perlipatan didapati antara TL-BD dan kecondongan didapati sederhana hingga rendah.

Fosil dijumpai di dalam perlapisan batu lodak dan ini dapat membantu bagi menentukan usia dan sekitaran pengendapan jujukan batuan di kawasan kajian. Fosil yang dijumpai terdiri daripada fosil daun dan fosil fauna. Sampel fosil daun yang dijumpai merupakan Palaeovittaria sp. dan Gangamopteris sp. Fosil ini telah dikenal pasti berusia Karbon Akhir. Fosil daun yang dijumpai memberi tafsiran bahawa sekitaran pengendapan berada di sekitar daratan ataupun dekat dengan daratan. Fosil Palaeovittaria sp. dan Gangamopteris sp. berasal daripada keluarga yang sama iaitu Glossopteridacea yang banyak dijumpai di Australia, Amerika Selatan, Afrika dan India yang menunjukkan bahawa tumbuhan ini dominan di benua Gondwana.

blog 92

Fosil Palaeovittaria sp. yang ditemui dalam batu lodak

blog 93

Fosil Gangamopteris sp. yang mempunyai bentuk daun seperti kipas (berwarna merah jambu)

 Fosil ini dijumpai di dalam batu lodak dan hanya satu fosil yang ditemui. Fosil ini mempunyai daun dengan 2 cm panjang dan 0.5 cm lebar. Fosil ini dicirikan oleh bentuk daunya yang bujur-spathulate yang kelihatan seperti kipas serta hujung daunnya yang hampir bulat. Fosil Gangamopteris sp. tidak mempunyai tulang daun.

 

blog 91

 

blog 90

 

blog 89

JMG TERENGGANU DIJEMPUT SEBAGAI PANEL PENILAI BAGI PROGRAM UMT UNDERGRADUATE RESEARCH DAY 2018.

JMG TERENGGANU DIJEMPUT SEBAGAI PANEL PENILAI BAGI PROGRAM UMT UNDERGRADUATE RESEARCH DAY 2018.

Kuala Nerus, 16 Mei 2018(Rabu)- Hari ini UMT mengadakan program Undergraduate Research Day di Dewan Sultan Mizandan wakil JMG Terengganu dijemput sebagai panel penilai.

Selain itu, program ini akan melibatkan pameran dan pembentangan poster projek penyelidikan oleh mahasiswa/i tahun akhir di UMT serta akan menjalani proses penilaian yang akan dijalankan pada hari tersebut dan akan menyumbang kepada markah penilaian bagi subjek Projek Ilmiah Tahun Akhir (PITA).

Tujuan program ini diadakan untuk memberi peluang kepada mahasiswa/i UMT berkongsi hasil penyelidikan yang telah dijalankan sebelum ini kepada masyarakat luar terutama pelajar-pelajar sekolah dan juga kepada industri yang berkaitan. Program ini juga merupakan satu medium untuk memperkenalkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan menonjolkan aset universiti kepada masyarakat luar.

 

blog 88

 

blog 87