Cabang Tiga, 9 April 2019 – Lawatan oleh JKR Ibupejabat dan JKR Negeri Terengganu ke tapak pejabat baru telah diadakan pada hari ini, selasa jam 9.30 pagi. Lawatan ini disertai oleh lima orang wakil terdiri daripada seorang wakil JMG Ibupejabat dan tiga wakil JMG Negeri Terengganu manakala lapan orang wakil JKR Ibupejabat dan seorang dari JKR Negeri Terengganu. Taklimat berkaitan projek telah disampaikan oleh En. Mesran B Mahayat dari JKR Ibupejabat.
LAWATAN KERJA YB MENTERI AIR TANAH DAN SUMBER ASLI KE KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
1 April 2019 - Yang Berhormat Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air Tanah dan Sumber Asli Malaysia telah mengadakan sesi lawatan kerja selama dua(2) hari ke Kuala Terengganu. Lawatan kerja ini secara khususnya bertujuan bagi kunjungan Hormat ke Pejabat Menteri Besar Terengganu, merasmikan persidangan Penolong Pegawai Tanah Ke-7 dan melawat tapak lombong serta melihat fasiliti kemudahan pelabuhan pasir silika di Kg. Bari, Setiu, Terengganu.
Lawatan YB Menteri telah diiringi oleh Yang Berusaha Datuk Zurinah Binti Pawanteh, Ketua Setiausaha Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli Malaysia, bersama ahli-ahli rombongan jemputan kementerian di Putrajaya. Turut hadir bersama sepanjang lawatan ialah ketua dan wakil jabatan dan agensi kementerian dari Negeri Pahang serta wakil-wakil dari pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Jemputan dari JMG Malaysia diketuai oleh Yang Berusaha Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi selaku Ketua Pengarah JMG Malaysia.
JMG Terengganu telah diberikan mandat bagi menguruskan perkara berkaitan lawatan lombong serta kawalan trafik semasa sesi lawatan YB Menteri ke lombong Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd.
Lawatan YB Menteri bermula dari Permai Hotel, Kuala Terengganu. Pada pukul 1.15 tengah hari, menuju ke Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd tapak lombong pasir silika di Kg. Bari, Setiu. Tapak lombong yang di lawat ialah lombong yang masih aktif sejak 2014. Penerangan ringkas telah diberikan oleh Mr. Surendra wakil dari pihak Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd berkenaan taklimat keselamatan, Terengganu Silica & High Purity Silica Project, serta lawatan tapak.
HARI KELUARGA KESKET 2019
25 Januari 2019 – Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Terengganu (JMGTGG) dengan kerjasama Kelab Sukan & Kebajikan (KESKET) telah menganjurkan Hari Keluarga 2019 bertempat di Tanjung Demong Beach Resort, Kuala Besut.
Antara tujuan utama diadakan program ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan Jabatan dan berkenalan dengan ahli keluarga kakitangan yang hadir pada program Hari Keluarga ini. Pada sebelah malam, majlis bermula dengan ucapan dari En. Zarir Bin Zawawi, selaku Pengerusi hari keluarga KESKET 2019 dan diteruskan oleh Tuan Wan Saifulbahri Bin Wan Mohammad, Pengarah JMG Terenggan. Aktiviti seterusnya adalah acara cabutan bertuah dan karaoke. Tahniah kepada pemenang-pemenang.
Pada sebelah pagi, 26 Januari, Majlis dimulakan dengan acara senamrobik dan sesi bergambar. Aktiviti sterusnya adalah acara sukaneka iaitu melibatkan permainan bagi kategori kanak-kanak, dewasa dan pasangan. Majlis kemudian diteruskan dengan pemberian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan pada sebelah pagi dan disusuli dengan aktiviti bebas sebelum beredar pulang. Tahniah diucapkan di atas penganjuran aktiviti seperti ini dan semoga dapat diteruskan pada masa akan datang.
PERJUMPAAN BERSAMA JKR NEGERI TERENGGANU BAHAGIAN BANGUNAN.
16 Januari 2019 – Satu perjumpaan telah diadakan bersama TPSM, En. Che Aziz Bin Che Soh bersama Ketua Penolong Pengarah Kerja Raya, Ir. Azhar Bin Mustapha bertempat di pejabat JKR Negeri Terengganu, tingkat 11 Wisma Negeri. Perbincangan tertumpu kepada projek pembinaan pejabat JMG Negeri Terengganu yang baru.
CERAMAH BERKENAAN ZAKAT YANG DISAMPAIKAN OLEH MAIDAM TERENGGANU
21 Januari 2019 – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah dijemput supaya memberi taklimat zakat bertempat di bilik mesyuarat Kasiterit. Taklimat ini melibatkan seramai 22 orang pegawai dan kakitangan JMG Terengganu. Pegawai dari pusat urusan zakat MAIDAM telah menyampaikan taklimat tersebut. Para hadirin didedahkan mengenai kaedah taksiran zakat harta terutamanya zakat pendapatan. Di akhir taklimat, pegawai dan kakitangan JMG Terengganu telah diberi kesempatan untuk mendaftar terus bagi membuat pembayaran zakat melalui potongan gaji. Semoga dengan perkongsian taklimat zakat akan memberikan kesedaran yang berguna serta mendapat keberkatan dalam menunaikan zakat.