PROGRAM PENDAKIAN BUKIT BESAR (HARI SIHAT KESKET JMG TERENGGANU)

PROGRAM PENDAKIAN BUKIT BESAR (HARI SIHAT KESKET JMG TERENGGANU)

Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKET) JMG Terengganu telah menganjurkan satu program pendakian ke Bukit Besar, Kuala Terengganu bersempena dengan Hari Sihat KESKET. Program ini bertujuan memupuk semangat di kalangan kakitangan JMG Terengganu untuk mengamalkan cara hidup sihat setelah hampir setahun di belenggu oleh perintah kawalan pergerakan (PKP). Kelonggaran yang diberikan untuk membenarkan aktiviti riadah dilakukan semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 berdasarkan SOP yang ditetapkan telah dimanfaatkan oleh KESKET.

Pendakian berjarak 1.83 km ke puncak Bukit Besar yang berketinggian 152 m ini telah disertai seramai 11 orang ahli KESKET.  Pendakian naik dan turun Bukit Besar telah mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Di sepanjang perjalanan tersebut, ahli KESKET telah diberikan penerangan oleh Encik Khairul Anuar selaku ketua pendakian berkenaan dengan Bukit Besar.

Penganjuran aktiviti sebegini diharapkan akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan semoga terus mendapat sambutan yang mengalakkan daripada ahli KESKET.

Written by : azlina