MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 10/2021 JMG TERENGGANU

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 10/2021 JMG TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 27 Oktober 2021 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 10/2021 JMG Terengganu telah diadakan secara hibrid sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengekang penularan Covid-19 di kalangan kakitangan jabatan.

Majlis yang dipengerusikan oleh En. Khairul Nazri ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Zamri Ismail dan diikuti dengan lafaz ikrar integriti perkhidmatan awam yang diketuai oleh En. Hasrulzamani. Perutusan pengarah kemudiannya telah disampaikan oleh En. Hamlee Ismail (Timb. Pengarah SM) selaku wakil Pengarah JMG Terengganu yang tidak dapat menyertai perhimpunan kerana menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur. Penyampaian sumbangan kepada ahli KESKET yang telah dimasukkan ke hospital dan juga kematian ahli keluarga turut dilakukan.

Beberapa siri ceramah daripada pihak CUEPACSCARE, Agensi Kaunseling dan Perkhidmatan Kredit (AKPK) dan Prudential Takaful BSN turut diadakan untuk melengkapkan pengisian majlis perhimpunan bulanan ini.

PROGRAM PENDAKIAN BUKIT BESAR (HARI SIHAT KESKET JMG TERENGGANU)

PROGRAM PENDAKIAN BUKIT BESAR (HARI SIHAT KESKET JMG TERENGGANU)

Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKET) JMG Terengganu telah menganjurkan satu program pendakian ke Bukit Besar, Kuala Terengganu bersempena dengan Hari Sihat KESKET. Program ini bertujuan memupuk semangat di kalangan kakitangan JMG Terengganu untuk mengamalkan cara hidup sihat setelah hampir setahun di belenggu oleh perintah kawalan pergerakan (PKP). Kelonggaran yang diberikan untuk membenarkan aktiviti riadah dilakukan semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 berdasarkan SOP yang ditetapkan telah dimanfaatkan oleh KESKET.

Pendakian berjarak 1.83 km ke puncak Bukit Besar yang berketinggian 152 m ini telah disertai seramai 11 orang ahli KESKET.  Pendakian naik dan turun Bukit Besar telah mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Di sepanjang perjalanan tersebut, ahli KESKET telah diberikan penerangan oleh Encik Khairul Anuar selaku ketua pendakian berkenaan dengan Bukit Besar.

Penganjuran aktiviti sebegini diharapkan akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dan semoga terus mendapat sambutan yang mengalakkan daripada ahli KESKET.

PENYERAHAN TELAGA TIUB KEPADA PENGUSAHA RESORT DAN CSR PESISIR PANTAI DI PULAU LANG TENGAH

PENYERAHAN TELAGA TIUB KEPADA PENGUSAHA RESORT DAN CSR PESISIR PANTAI DI PULAU LANG TENGAH

Pada tahun 2018, pembinaan telaga tiub yang melibatkan kajian geofizik di Pulau Lang Tengah oleh pihak JMG Terengganu telah berjaya disiapkan dengan sempurnanya. Pembinaan telaga tiub ini, melibatkan peruntukkan daripada Dana Amanah Hartanah (RETF) ECERDC bagi Projek Pulau-Pulau Di Kepulauan Negeri Terengganu.

Penyerahan telaga tiub tersebut kepada dua pengusaha resort telah dilakukan oleh pihak JMG Terengganu. Dokumen penyerahan telah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Mohammad Zain (Timbalan Pengarah Geosains) kepada pengurus Sari Pacifica Resort & Spa iaitu Encik Steven Ng dan pemilik Summer Bay Resort iaitu Encik Chong Fah Ming. Pihak JMG Terengganu berharap telaga tiub berkenaan akan dapat digunakan untuk memberi manfaat kepada sektor pelancongan di Pulau Lang Tengah.

 

SUKAN DALAMAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JMG MALAYSIA TERENGGANU (KESKET) 2019

SUKAN DALAMAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN JMG MALAYSIA TERENGGANU (KESKET) 2019

Penganjuran Temasya Sukan Dalaman KESKET 2019 dilangsungkan mulai 24hb November hingga 1hb Disember 2019. Acara sukan ini akan melibatkan seluruh warga JMG Malaysia Terengganu yang merupakan ahli Kelab KESKET. Antara lain sukan ini dianjurkan mempunyai objektif seperti berikut;

  1.    i.Melengkapkan jadual aktiviti kelabyang telah dirancang bagi tahun ini.
  2. Mengeratkan perpaduan dan silaturrahim sesama ahli.
  3. Mewujudkan semangat bekerjasama dan keupayaan bersaing dalam suasana yang sihat.
  •     Ahli-ahli KESKET dibahagikan depada dua kumpulan yang diberi nama Pasukan Sapphire dan Pasukan Emerald. Sembilan acara sukan akan dipertandingkan iaitu Karom, Dam Aji, Dam Ular, Ping-pong, Bandminton, Dart, Futsal, Congkak dan Bowling. Beberapa acara seperti, dam aji, karom, congkak dan ping pong telah dijalankan sebahagiannya.  Acara-acara selanjutnya akan dijalankan mengikut jadual yang telah diatur. Perkembangan acara sukan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Baca selanjutnya