PROGRAM " KUCE BUBUR SURO" 2019

PROGRAM " KUCE BUBUR SURO" 2019

 

Rabu,25 September 2019 (25 Muharram 1441);

Kelab Sukan dan Kebajikan JMG  Malaysia Terengganu (KESKET), telah mengadakan program “Memasak Bubur Asyura”  atau lebih dikenali sebagai “Kaca Bubur Sura” di kalangan masyarakat tempatan. Secara tradisi ianya suatu  acara yang dilakukan bagi mengenang peristiwa selamatnya bahtera Nabi Nuh daripada banjir besar pada masa yang silam. Matlamat yang lebih utama acara ini diadakan adalah bagi memupuk semangat kekitaan dan bekerjasama di kalangan warga JMG Terengganu.

 

MESYUARAT BENGKEL GEOPARK TASIK KENYIR

MESYUARAT BENGKEL GEOPARK TASIK KENYIR

kUALA TERENGGANU 7 MEI 2018- Satu Mesyuarat mengenai bengkel  Geopark Tasik Kenyir telah diadakan di UMT. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pengarah UPEN Tuan Haji Rosman Bin ROslan ,pihak UMT dan Pengarah JMG Terengganu Azemi Bin Haji Eki. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan mengenai bengkel Geopark Tasik Kenyir yang bakal diadakan pada awal Julai nanti.

KT CITY FUN RUN 2018

 

 

IMG-20180203-WA0012Kuala Terengganu,Terengganu 2 Februari 2017- Kerajaan negeri telah menganjurkan satu larian amal KT City Fun Run 4KM 2018 yang bermula di Pulau Warisan dan berakhir juga di Pulau Warisan.Beberapa orang kakitangan JMG Terengganu juga turun sama meyertai larian tersebut.

IMG-20180202-WA0006

IMG-20180202-WA0005

LAWATAN KERJA KE KUARI BUKIT CHETAI

IMG-20180214-WA0011

 

Hulu Terengganu, Terengganu, 13 Februari 2018- Pengarah JMGTGG, En Azemi bin Hj Eki telah mengadakan lawatan kerja ke kuari Bukit Chetai, Hulu Terengganu. Kuari ini merupakan sebuah kuari batu dimensi yang diselia oleh syarikat GGTM Sdn. Bhd. Lawatan kerja ini turut disertai oleh timbalan pengarah En. Aziz bin Che Soh, pegawai geosains, En Mohd Faiz bin Ahmad Roshdi dan beberapa orang kakitangan jabatan yang lain.

IMG-20180214-WA0010

 

 

 

MAJLIS PENYAMPIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGARAH-PENGARAH JMG NEGERI

MAJLIS PENYAMPIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGARAH-PENGARAH JMG NEGERI

PUTRAJAYA, 8 Februari- Satu majlis penyampaian watikah pelantikan kepada pengarah –pengarah JMG negeri telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat, JMG Malaysia. Watikah pelantikan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi,Ketua Pengarah JMG Malaysia. Pada majlis itu juga Pengarah JMG  Terengganu, En Azemi bin Hj Eki yang memulakan tugas pada 16 Januari 2018 yang lalu ,turut serta menerima watikah pelantikan tersebut.