PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2022

PERHIMPUNAN BULANAN DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 2022

1. Unit Sumber Mineral, JMG Terengganu telah berjaya menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulan Ogos 2022 JMG Terengganu pada jam 2.30 petang, hari Selasa, 30 Ogos 2022 di Bilik Kasiterit.

2. Perhimpunan diacarakan oleh En. Mohammad Amin Abd Aziz dan dimulakan dengan bacaan doa yang telah dibacakan oleh En. Zamri Ismail. Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Perkhidmatan awam dan kemudiannya En. Sayuthi Rashid telah mengetuai lafaz ikrar integriti penjawat awam.

3. Setelah itu Pengarah JMG Terengganu telah menyampaikan pesanan dari Ibu Pejabat di dalam perutusannya. Selain itu beliau turut menekankan kepentingan kakitangan JMG Terengganu untuk sentiasa memastikan kestabilan emosi dan menerapkan minda positif dalam kehidupan bekerja seharian.

4. Pengisian perhimpunan bulanan kali ini kemudiannya diteruskan dengan pertandingan deklamasi sajak dan nyanyian beramai-ramai lagu patriotik sempena hari kebangsaan ke-65.

5. Pertandingan deklamasi sajak telah disertai oleh tiga orang kakitangan dan telah dimenangi oleh En. Khairul; Anuar dengan sajaknya yang bertajuk Merekah Bumi Merah. Tempat kedua dimenangi oleh En. Mazlan Mohd Zain dengan sajak bertajuk Dilema Melayu dan tempat ketiga menjadi milik En. Hasrulzamani dengan sajaknya yang bertajuk Merdeka!.Hadiah untuk peserta telah disampaikan oleh Pengarah JMG Terengganu.

6. Majlis kemudiannya diteruskan dengan nyanyian beramai-ramai lagu patriotik seperti Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan lain-lain.

7. Setelah itu, Pengerusi KESKET telah menyampaikan sumbangan kepada Pn. Faridah sempena kelahiran cahaya matanya.

8. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi dan jamuan ringan pada pukul 4.00 petang.

 

Kredit En Muhammad Amin Abd Aziz

LAWATAN KERJA SAMBIL BELAJAR OLEH KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMG PERAK KE KILANG SPRITZER, AIR KUNING, TAIPING, PERAK

LAWATAN KERJA SAMBIL BELAJAR OLEH KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMG PERAK KE KILANG SPRITZER, AIR KUNING, TAIPING, PERAK

22 Ogos 2022 (Isnin) : Lawatan Kerja Sambil Belajar oleh Kelab Kebajikan Dan Rekreasi (KKR), JMG Perak ke Kilang Spritzer, Air Kuning, Taiping, Perak telah dijalankan pada hari ini. Seramai 20 ahli KKR telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan bersarapan kemudian mula gerak ke Kilang Spritzer, Air Kuning, Taiping pada jam 9.30 pagi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan ahli KKR berkaitan proses pengeluaran air mineral.

Baca selanjutnya

PERHIMPUNAN BULAN OGOS 2022 JMG SARAWAK

PERHIMPUNAN BULAN OGOS 2022 JMG SARAWAK
KUCHING, 26 OGOS 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.15 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam. Seterusnya ia disusuli pula dengan bacaan doa bagi memberkati majlis. Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak En.  Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap aktiviti/unit di JMG Sarawak. Beliau turut mengingatkan semua staf agar selalu menyemak buku perkhidmatan masing-masing terutama sekali data peribadi dan juga perkara berkaitan cuti agar tidak menjadi masalah di kemudian hari. Selain itu, beliau juga membuat pengumuman mengenai pemashyuran Sarawak Delta Geopark (SDGp), pada 24 Ogos 2022 di Kampung Budaya, Kuching, Sarawak. Ia akan dirasmikan oleh YB Menteri Kementerian Sumber Asli dan Tenaga (KETSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama Premier Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Diakhir ucapannya, beliau mengucapkan Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 65 kepada semua warga JMG Sarawak. Majlis diteruskan dengan tayangan ringkas video pendek "Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia Teguh Bersama" bersempena satu tahun tampuk pemerintahan YAB Dato' Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9. Akhir kata, selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluruh keluarga Malaysia. Semoga Malaysia akan terus utuh dan stabil menghadapi cabaran mendatang demi kesejahteraan rakyatnya.

GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA DAN JAMUAN BIHUN SUP TULANG

GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA DAN JAMUAN BIHUN SUP TULANG

18 Ogos 2022 (Khamis) : Satu Program Gotong Royong Memasak Bubur Asyura dan Jamuan Bihun Sup Tulang 2022 JMG Perak anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah dijalankan pada hari ini. Seramai 35 ahli KKR telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini bermula pada jam 8.45 pagi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli kelab dan bergotong royong dalam menyediakan Bubur Asyura.

Baca selanjutnya