Johor Bahru, 28 Ogos 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2022 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh Cik. W. Fauzilawati bt. W. Omar, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Fadhil b. Ahmad. Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusan Perhimpunan Bulanan dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini.
Majlis diteruskan dengan taklimat SOP Perlombongan NR-REE oleh Dr Sia Say Gee. Majlis disusuli dengan gimik Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia, kuiz Kemerdekaan dan taklimat sempena perarakan Merdeka JMG Johor oleh En. Hairul b. Mohamed Hairul Shaharudin.
Sumbangan artikel : FB @Jmg Johor