Perhimpunan Bulan Mac 2015 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG Malaysia,
Perak) telah diadakan pada 26 hb Mac 2015 jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Granit, JMG
Malaysia, Perak
NAM S&T Centre-DST Training Fellowship on Minerals Processing and Beneficiation
12 Januari 2015 hingga 6 Mac 2015 - En Mohd Idham Mustaffar telah menghadiri latihan yang bertajuk ‘NAM S&T Centre-DST Training Fellowship on Minerals Processing and Beneficiation’. Latihan ini telah diadakan di MINTEK, Johannnesburg, Afrika Selatan dan dianjurkan oleh NAM Science & Technology Centre dan Department of Science and Technology Afika Selatan. Latihan ini dihadiri seramai 14 orang peserta daripada pelbagai negara seperti India, Burkina Faso, Nigeria, Sudan, Ghana, Syria, Eritrea, Malaysia dan Afrika Selatan sendiri. Objektif latihan ini ialah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pemprosesan dan benefisiasi mineral dan mendedahkan kepada para peserta ini mengenai prinsip-prinsip asas dan perkembangan yang berkaitan dalam bidang ini supaya mereka dapat menggunakan teknik yang moden dan terkini ini dan memahami kesan-kesannya terhadap alam sekitar.
Karom Terbuka MAKSAK Perak
Pada tanggal 28 Mac 2015, satu pertandingan karom terbuka anjuran MAKSAK Perak telah diadakan di Stadium Perak. Pertandingan berlangsung di dalam bilk media di bangunan utama stadium tersebut. Matlamat utama pertandingan tersebut adalah mendapatkan lapisan pelapis untuk mewakili pasukan karom Perak ke Pertandingan Karom MAKSAK 2015 yang bakal berlangsung di Sabah.
Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah JMG Johor Ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
Johor Bahru, 1 Mac 2015 - Satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Haji Zakaria bin Hussain, Pengarah JMG Johor kepada Y.B Dato' Haji Ismail bin Karim, Setiausaha Kerajaan Johor di pejabat beliau di Kota Iskandar, Nusajaya, Johor.
Mesyuarat JawatankuasaTeknikal Laman Web Jabatan
Kuantan, 28 Februari 2015: Mesyuarat Pengurusan Maklumat 1/2015 telah ditutup secara rasmi pada 28 Februari 2015. Mesyuarat yang bermula pada 23 Februari 2015 telah