KURSUS PERSAMPELAN GEOKIMIA UNTUK PELAJAR INDUSTRI DAN KAKITANGAN BUKAN TEKNIKAL JMG JOHOR DI GUNUNG ARONG, MERSING

muka depan persampelan

Mersing, 30 Ogos 2016 - Unit Sumber Mineral Jabatan Mineral dan Geosains Johor telah merangka satu kursus persampelan geokimia untuk pelajar industri dan kakitangan bukan teknikal yang bertujuan memberi pendedahan tentang kerja-kerja yang dijalankan oleh unit ini. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar latihan industri untuk merasai sendiri pengalaman bekerja di lapangan.

Baca selanjutnya

LATIHAN TEKNIK PENGGERUDIAN MENGGUNAKAN MESIN GERUDI BANKA

LATIHAN TEKNIK PENGGERUDIAN MENGGUNAKAN MESIN GERUDI BANKA

Pada 28 September 2016, PPM telah menganjurkan satu latihan teknik penggerudian menggunakan mesin gerudi Banka. Alat gerudi Banka kini tidak lagi dapat digunakan kerana operator pengendali alatan tersebut telah bersara. Untuk kesinambungan kerja-kerja pengambilan sampel pada masa hadapan, kakitangan yang sedia ada ini sekurang-kurangnya perlu tahu asas-asas penggunaan peralatan serta teknik-teknik pengambilan sampel.

Oleh itu, latihan yang diadakan ini akan mendedahkan kepada golongan muda (terutamanya) mengenai operasi alat penggerudian banka untuk pengambilan sampel aluvial. Latihan ini dihadiri oleh kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral Jabatan Mineral & Geosains Malaysia yang terdiri dari Pegawai Penyelidik, kakitangan Sokongan I dan II.

Baca selanjutnya

Majlis Paluan Berundur 2016

Majlis Paluan Berundur 2016

IPOH, 27 SEPTEMBER 2016: Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi persara 2016 dan awal 2017. Pada kali ini majlis di beri nama iaitu Majlis Paluan Berundur 2016 yang dicetuskan oleh YDP KSKPPM iaitu Tuan Haji Dr Izhar Abadi bin Ibrahim Rais. Majlis Paluan Berundur 2016 telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah iaitu Encik Mahadi bin Abu Hassan.

Baca selanjutnya

PPM MEMENANGI DUA PINGAT EMAS DALAM iidex2016

PPM MEMENANGI DUA PINGAT EMAS DALAM iidex2016

Dua pasukan penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah berjaya merangkul 2 pingat emas semasa pertandingan sempena Invention, Innovation & Design Exposition 2016 (iidex2016) yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ekspo ini telah diadakan pada 20 - 23 September 2016 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.
 
Dua rekacipta dari PPM ini ialah Malaysian Low Cost Leucite Ingot for Restorative Dental Applications oleh Pn. Siti Mazatul Azwa bt Saiyed Mohd Nurddin, Hj. Malek b. Selamat, Dr. Hajah Rashita bt. Abd. Rashid dan Ahmad Hafiz’s b. Hamsan. Manakala satu lagi rekacipta ialah Anti Thermal Shock Porcelain Tablewares oleh Pn. Aspaniza bt Ahmad, Hj. Abdul Rois b. Abdul Mois, Hj. Kori b. Mohamad dan Pn. Loo Guek Hong.

Baca selanjutnya

MAJLIS QURBAN

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 12 September 2016, Isnin yang lepas, Badan Kebajikan Kakitangan Islam JMG Sarawak mengadakan Majlis Qurban.

Pada majlis tersebut, sebanyak dua (2) ekor lembu telah ditumbangkan hasil sumbangan 14 orang ahli bagi tujuan sembelihan dan qurban. Proses sembelihan telah diadakan di Kota Semarahan, manakala proses melapah dan pembahagian daging diadakan di perkarangan tempat letak kereta jabatan. 

 Sebanyak tiga (3) lokasi golongan asnaf telah diketahui untuk tujuan agihan daging qurban iaitu Kampung Sinar Budi Baru, Kampung Bunga Rampai dan Kampung Jaya Bakti. Proses agihan daging qurban kepada golongan asnaf dilakukan sejurus selepas agihan daging kepada penyumbang qurban.

Semoga aktiviti ini diteruskan pada masa akan datang kerana ia mampu merapatkan silaturahim dikalangan ahli serta keluarga.