Majlis Paluan Berundur 2016

Majlis Paluan Berundur 2016

IPOH, 27 SEPTEMBER 2016: Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM) telah mengadakan satu majlis perpisahan bagi persara 2016 dan awal 2017. Pada kali ini majlis di beri nama iaitu Majlis Paluan Berundur 2016 yang dicetuskan oleh YDP KSKPPM iaitu Tuan Haji Dr Izhar Abadi bin Ibrahim Rais. Majlis Paluan Berundur 2016 telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah iaitu Encik Mahadi bin Abu Hassan.

Majlis Paluan Berundur 2016 telah berlangsung dengan jayanya pada 27 September 2016 dan diadakan di Restoran Simpang Tiga, Greentown Ipoh. KSKPPM berbesar hati  meraikan pesara-pesara yang akan bersara mulai Januari 2016 hingga awal Januari 2017. Pada tahun 2016 dan 2017 seramai 9 orang pegawai PPM yang akan bersara iaitu:

1.    Tuan Haji Nasharuddin bin Isa – Pegawai Penyelidik gred Q54
2.    Encik Abd Rauf bin Abd Razak – Penolong Jurutera JA29
3.    Encik Chin Tin Yooi – Pembantu Penyelidik gred Q22
4.    Encik Zainudin bin Abdullah – Penolong Jurutera gred JA29
5.    Encik Mohd Nasir bin Ismail – Pembantu Operasi gred N11
6.    Encik Ahmad Shaffie bin Abd Rani – Pemandu Kenderaan gred H11
7.    Puan Hajjah Azizah binti Mat Isa – Pembantu Penyelidik gred Q26
8.    Encik Haminudin bin Khalil – Pembantu Penyelidik gred Q26
9.    Encik Woo Lee Shin – Pembantu Penyelidik gred Q26

KSKPPM juga merakam jutaan terima kasih atas sumbangan bakti yang diberi sepanjang perkhidmatan di sektor Kerajaan amnya dan PPM, JMG khasnya. Majlis telah berakhir pada jam 2 petang.

Written by : ezulia