BENGKEL PEMBANGUNAN KLASIFIKASI FAIL

BENGKEL PEMBANGUNAN KLASIFIKASI FAIL

KOTA KINABALU (14 - 16 Mac 2022): Satu Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail telah diadakan khas untuk kakitangan JMG Sabah di pejabat JMG Sabah.  Bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu.  Bengkel ini bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.  Objektif bengkel ini dianjurkan agar para peserta dapat meningkatkan kecekapan capaian kepada maklumat dan ketelusan pentadbiran dan kawalan ke atas pengurusan rekod sektor awam secara lebih sistematik bagi sistem penyampaian kerajaan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 40 orang kakitangan.  Ribuan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pasukan pegawai dan kakitangan seramai empat orang daripada Jabatan Arkib Negara Malaysia (Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu) yang telah datang ke Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kursus kepada semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab dalam pengurusan fail di jabatan ini.

Klasifikasi fail fungsian ini disediakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Sabah mengenai pengurusan fail berdasarkan kepada klasifikasi fail yang telah disediakan. Panduan ini juga bertujuan untuk membangunkan klasifikasi fail yang seragam di dalam sesebuah organisasi secara keseluruhan. Selain itu, panduan ini akan digunakan sebagai bahan rujukan dan panduan untuk latihan dalam bidang pengurusan rekod dan untuk semua pegawai dan kakitangan agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan fail.

Tuan Pengarah JMG Sabah merakamkan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan ini yang telah banyak memberikan maklumat dalam menjayakan bengkel ini.  Tidak dilupakan juga, kepada para urusetia jabatan ini yang telah bertungkus lumus dalam penyediaan kursus dan lain-lain yang berkaitan.  Semoga usaha yang diberikan amat membantu bagi melengkapkan segala tugasan yang diberikan.

 

PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2022 JMGM PERAK DAN BACAAN YASSIN ANJURAN KKR

PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2022 JMGM PERAK DAN BACAAN YASSIN ANJURAN KKR

25hb Mac 2022 (Jumaat) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.2/2022 pada 25/3/2022. Sebelum majlis perhimpunan bermula ia dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Kebajikan. Aktiviti bacaan Yassin merupakan aktiviti yang dilakukan pada setiap hari Jumaat minggu keempat pada setiap bulan.

Baca selanjutnya

SIASATAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAMAN BUKIT PERMAI, DAERAH HULU LANGAT OLEH PASUKAN JMGSWP

SIASATAN BENCANA TANAH RUNTUH DI TAMAN BUKIT PERMAI, DAERAH HULU LANGAT OLEH PASUKAN JMGSWP

Pada 10 Mac 2022 yang lalu, satu bencana geologi tanah runtuh telah berlaku di Jalan Teratai 1/2J, Taman Mega Jaya, Daerah Hulu Langat, Selangor yang mengakibatkan 4 orang terkorban dan 1 cedera parah. Kejadian ini juga telah menjejaskan 15 buah rumah serta 10 buah kenderaan.

Unit Geosains JMGSWP telah menjalankan pemeriksaan dan penilaian tapak dari 11 Mac 2022 sehingga 15 Mac 2022 yang merangkumi kerja-kerja  pemetaan geologi kejuruteraan, menjalankan penerbangan drone, menganalisa sampel air (hidrogeologi) , melakukan penggerudian Mackintosh probe (soil investigation) serta menyediakan laporan penilaian tahap keselamatan di kawasan tapak bencana geologi tanah runtuh.