Johor Bahru, 28 Mac 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 3/2022 dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh En. Mohamad Farhan b. Daud, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Md Aris b. Md Esa dan pembaca ikrar oleh En. Muhammad Fariz b. Dzulkapri. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusan Perhimpunan Bulanan dan perutusan Pengarah JMG Johor dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan.
Majlis diteruskan dengan agihan buah kurma kepada semua warga JMG Johor sempena menyambut Bulan Ramadhan tahun ini dan Sambutan Hari Lahir Tuan Pengarah JMG Johor.
Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah