MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2020, PERSARAAN KAKITANGAN JMG SABAH DAN MESYUARAT AGM KEM-G TAHUN 2022

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.2/2020, PERSARAAN KAKITANGAN JMG SABAH DAN MESYUARAT AGM KEM-G TAHUN 2022

KOTA KINABALU (28 Februari 2022):  Majlis kali telah dilaksanakan secara SOP (Pencegahan Penularan Jangkitan Penyakit Coronavirus) yang mana menghadkan kehadiran sebanyak 50% sahaja dan selebihnya adalah secara dalam talian.  Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis pada hari tersebut iaitu Puan Normi Adok.  Majlis telah diberkati melalui doa yang disampaikan oleh Encik Dharmin bin Muaiyad.  Perutusan Pengarah pada bulan ini disampaikan oleh menanggung Pengarah Encik Webster Wong (Timbalan Sumber Mineral).  Majlis kali ini juga meraikan persaraan Encik John Ingkangu.  Majlis juga telah mengambil kesempatan untuk membuat pengumuman pemenang dan penyampaian Piala Pusingan Sukan KEM-G sekaligus pengumuman penutupan Pesta Sukan KEM-G bagi tahun 2022.  Perhimpunan tamat sekitar jam 11 pagi dan terus disambung dengan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan & Rekreasi Mineral & Geosains (KEM-G) JMG Sabah Ke-17.  Beberapa agenda KEM-G adalah pembentangan laporan, pembubaran AJK sesi 2019/2021 dan pemilihan baharu 2022/2024, cadangan aktiviti dan perbincangan usul.  Majlis diakhiri dengan jamuan yang diberikan secara bungkus.

KURSUS MASAKAN (ROTI DAN PIZA) ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMGM PERAK

KURSUS MASAKAN (ROTI DAN PIZA) ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMGM PERAK

18hb Februari 2022 (Jumaat) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Sosial telah menganjurkan Kursus Masakan (Roti dan Piza). Kursus ini adalah salah satu aktiviti KKR yang telah dirancang bagi tahun 2022. Pertandingan ini dapat membudayakan semangat kerjasama serta berpasukan di kalangan ahli KKR serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli KKR.

Kursus masakan ini telah diadakan di Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak. Seramai 20 orang ahli telah mengambil bahagian dalam kursus ini. Puan Fazlin Binti Ramli selaku tenaga pengajar untuk kursus ini telah memberikan segala ilmu dan tips bagi penyediaan roti dan pizza. Aktiviti masakan ini dibuat secara berkumpulan dan dibahagikan kepada 4 kumpulan.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2022 JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 02/2022 JMGSWP

SHAH ALAM, 07 Februari 2022 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 02/2022 telah dianjurkan oleh JMGSWP secara hibrid pada kali ini atas arahan pengarah negeri bagi mematuhi SOP demi keselamatan dan kesejahteraan bersama. 

Majlis yang diacarakan oleh Pn. Zulaikha dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Hafeez, nyanyian lagu negaraku dan ikrar integriti perkhidmatan awam oleh En. Ghazali. Pengarah negeri, Yang Berusaha Tuan Haji  Mohd Zulkiflee Che Soh telah menyampaikan perutusan sebelum disusuli tayangan montaj bergambar aktiviti jabatan dan diakhiri dengan sesi penyampaian bantuan kewangan kepada beberapa warga jabatan yang terkesan akibat banjir yang melanda negeri Selangor pada hujung tahun lepas.