Lawatan Teknikal di HTL Industries Sdn. Bhd dan UTM, Skudai

2

23 dan 24 September 2014, satu lawatan teknikal di kilang HTL Industries Sdn. Bhd. dan Universiti Teknolgi Malaysia (UTM), Skudai telah di anjurkan oleh Seksyen Teknologi Bahan Termaju (STBT). Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pegawai-pegawai STBT mengenai proses penghasilan produk solid surface disamping mendapatkan khidmat nasihat, pandangan dan maklumat berkaitan bahan mentah, proses dan kualiti produk yang berkaitan dengan aktiviti R&D penghasilan komposit marmar.

Baca selanjutnya

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 JMG Pahang

Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 JMG Pahang

Pada 31 Ogos 2014, negara kita Malaysia telah meraikan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 57. Bagi menzahirkan kecintaan kepada negara, JMG Pahang telah mengambil inisiatif menghias bangunan pejabat dengan rentangan Jalur Gemilang. Panjang bendera rentang ini kira-kira 10 meter yang bermula dari Aras 1 hingga Aras 3. Kakitangan JMG telah bekerjasama dengan penuh bersemangat patriotik memasang bendera rentang ini.

Baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya Bahagian Perkhidmatan Teknikal

jamuan raya bpt

IPOH, 21 Ogos 2014:   Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG telah mengadakan Jamuan Hari Raya pada 21 Ogos 2014. Seperti biasa, jamuan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim untuk semua kakitangan di BPT. Majlis telah diserikan dengan bacaan puisi khasuntuk Gaza serta membuat kutipan wang untuk rakyat Palestin.

Antara tetamu yang hadir ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral serta YDP Kelab Sukan Dan Kebajikan PPM, Pengarah JMG Perak dan Pengerusi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi JMG Perak.

 

Majlis Jamuan Persaraan Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal

20140822 JAMUAN PERSARAAN MR CHIN 5

IPOH, 22 Ogos 2014:  Pada hari ini telah diadakan satu majlis jamuan makan sempena meraikan persaraan En. Chin Siew Yee, Timbalan Pengarah Makmal yang akan bersara secara wajib pada 6 September 2014. Majlis telah diadakan pada hari Jumaat jam 3:00 petang dan telah dihadiri oleh Pengarah serta Timbalan-timbalan Pengarah BPT serta semua kakitangan Makmal BPT.

Baca selanjutnya