PROGRAM LAWATAN KERJA MENTERI KETSA KE JERAI GEOPARK

PROGRAM LAWATAN KERJA MENTERI KETSA KE JERAI GEOPARK

GURUN, 1 JANUARI 202I (JUMAAT) - Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Hj. Nasarah telah berbesar hati untuk mengadakan sesi lawatan kerja ke Jerai Geopark pada 27 Disember yang lalu.

Selain delegasi daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KetSA), turut sama dalam sesi lawatan bersama menteri ialah Yang Berhormat Datuk Suraya Binti Yaacob, EXCO kerajaan Negeri Kedah dan Yang Berhormat Tuan Sabri Bin Azit, Ahli Parlimen Jerai.

Baca selanjutnya

PROGRAM LAWATAN KERJA MENTERI KETSA KE ASPIRING PERLIS GEOPARK

PROGRAM LAWATAN KERJA MENTERI KETSA KE ASPIRING PERLIS GEOPARK

KANGAR, 11 JANUARI 2021 (ISNIN) - Satu program lawatan kerja Menteri Tenaga dan Sumber Asli ke Aspiring Perlis Geopark telah diadakan dengan sempurna pada 10 Januari 2021.

Antara jadual Yang Berhormat Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Hj. Nasarah yang disusun oleh JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang (JMGKPP) ialah lawatan ke Geotapak Bukit Lagi dan Geotapak Bukit Jernih. Keunikan yang berjaya ditonjolkan di Geotapak Bukit Lagi ialah fitur takik laut kuno (ancient sea notch) sebagai bukti paras air laut kuno pada batu kapur Formasi Chuping berusia Perm.

Baca selanjutnya

WARGA JMG JOHOR MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2021

WARGA JMG JOHOR MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2021

Johor Bahru, 4 Januari 2021 – Kami warga JMG Johor ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 buat semua warga JMG di seluruh negara dan pelanggan Jabatan. "Waktu terus berjalan, Lembaran demi lembaran, telah terisi. Kadang sedikit makna dan kekadang tidak bermakna langsung, Semoga di tahun 2021 ini setiap lembarannya punya makna punya manfaat".