Pada 10 Mac 2022 yang lalu, satu bencana geologi tanah runtuh telah berlaku di Jalan Teratai 1/2J, Taman Mega Jaya, Daerah Hulu Langat, Selangor yang mengakibatkan 4 orang terkorban dan 1 cedera parah. Kejadian ini juga telah menjejaskan 15 buah rumah serta 10 buah kenderaan.
Unit Geosains JMGSWP telah menjalankan pemeriksaan dan penilaian tapak dari 11 Mac 2022 sehingga 15 Mac 2022 yang merangkumi kerja-kerja pemetaan geologi kejuruteraan, menjalankan penerbangan drone, menganalisa sampel air (hidrogeologi) , melakukan penggerudian Mackintosh probe (soil investigation) serta menyediakan laporan penilaian tahap keselamatan di kawasan tapak bencana geologi tanah runtuh.