BENGKEL PEMBANGUNAN KLASIFIKASI FAIL

BENGKEL PEMBANGUNAN KLASIFIKASI FAIL

KOTA KINABALU (14 - 16 Mac 2022): Satu Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail telah diadakan khas untuk kakitangan JMG Sabah di pejabat JMG Sabah.  Bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu.  Bengkel ini bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.  Objektif bengkel ini dianjurkan agar para peserta dapat meningkatkan kecekapan capaian kepada maklumat dan ketelusan pentadbiran dan kawalan ke atas pengurusan rekod sektor awam secara lebih sistematik bagi sistem penyampaian kerajaan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh 40 orang kakitangan.  Ribuan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pasukan pegawai dan kakitangan seramai empat orang daripada Jabatan Arkib Negara Malaysia (Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu) yang telah datang ke Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kursus kepada semua pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab dalam pengurusan fail di jabatan ini.

Klasifikasi fail fungsian ini disediakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Sabah mengenai pengurusan fail berdasarkan kepada klasifikasi fail yang telah disediakan. Panduan ini juga bertujuan untuk membangunkan klasifikasi fail yang seragam di dalam sesebuah organisasi secara keseluruhan. Selain itu, panduan ini akan digunakan sebagai bahan rujukan dan panduan untuk latihan dalam bidang pengurusan rekod dan untuk semua pegawai dan kakitangan agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan fail.

Tuan Pengarah JMG Sabah merakamkan penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan jabatan ini yang telah banyak memberikan maklumat dalam menjayakan bengkel ini.  Tidak dilupakan juga, kepada para urusetia jabatan ini yang telah bertungkus lumus dalam penyediaan kursus dan lain-lain yang berkaitan.  Semoga usaha yang diberikan amat membantu bagi melengkapkan segala tugasan yang diberikan.

 

Written by : BESTY