LATIHAN TEKNIK PENGGERUDIAN MENGGUNAKAN MESIN GERUDI BANKA

LATIHAN TEKNIK PENGGERUDIAN MENGGUNAKAN MESIN GERUDI BANKA

Pada 28 September 2016, PPM telah menganjurkan satu latihan teknik penggerudian menggunakan mesin gerudi Banka. Alat gerudi Banka kini tidak lagi dapat digunakan kerana operator pengendali alatan tersebut telah bersara. Untuk kesinambungan kerja-kerja pengambilan sampel pada masa hadapan, kakitangan yang sedia ada ini sekurang-kurangnya perlu tahu asas-asas penggunaan peralatan serta teknik-teknik pengambilan sampel.

Oleh itu, latihan yang diadakan ini akan mendedahkan kepada golongan muda (terutamanya) mengenai operasi alat penggerudian banka untuk pengambilan sampel aluvial. Latihan ini dihadiri oleh kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral Jabatan Mineral & Geosains Malaysia yang terdiri dari Pegawai Penyelidik, kakitangan Sokongan I dan II.

Latihan dikendalikan oleh En Mahadi Abu Hassan dengan dibantu oleh En Ali Ismail dan En Azizan Sahid serta Puan Jamilah Ibrahim dan Puan Sarijah Jasat sebagai pendulang.


Written by : ezulia