PAMERAN JMG DI EXPO MAHA 2022

PAMERAN JMG DI EXPO MAHA 2022

Jabatan Mineral Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah terlibat dengan pameran di Expo MAHA 2022 yang bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor, bermula dari tarikh 04 hingga 14 Ogos 2022. Waktu pameran adalah bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Sehubungan itu pihak JMG telah menyedia dan memasang peralatan model "Sistem Rawatan Air Tanah Ringkas, SPATR" bersama bahan-bahan mineral dan geologi yang dapat memberi penerangan dan ilmu kepada para pengunjung. Orang ramai yang hadir adalah terdiri daripada pelbagai latar belakang dan umur. Booth pameran JMG telah mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan di sepanjang minggu EXPO MAHA 2022 yang telah diadakan.

Simposium Mineral (SIMPOMIN) ke 10 tahun 2022: Unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE)

Simposium Mineral (SIMPOMIN) ke 10 tahun 2022: Unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE)
PUTRAJAYA, 11 OGOS- Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Datuk Haji Rosli Bin Isa menyempurnakan Majlis Perasmian Simposium Mineral (SIMPOMIN) ke 10 tahun 2022: unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di Hotel Everly hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi.
 
Simposium Mineral (SIMPOMIN) pada tahun ini juga di siarkan melalui FB Live JMG dan disertai oleh 240 peserta.
 
Semoga inisiatif ini dapat diteruskan dalam menjadikan Pusat Penyelidikan Mineral sebagai pusat penyelidikan yang disegani.
 
 

PROGRAM MESRA RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (ZON TENGAH) KeTSA 2022 DI SUNGAI KERANG, TRONG, TAIPING, PERAK

PROGRAM MESRA RAKYAT KELUARGA MALAYSIA (ZON TENGAH) KeTSA 2022 DI SUNGAI KERANG, TRONG, TAIPING, PERAK

11hb Julai 2022 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah terlibat dengan pelaksanaan Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Tengah) KeTSA 2022 Di Sungai Kerang, Trong, Taiping, Perak. Seramai 1,550 orang hadir pada Program Mesra Rakyat Keluarga Malaysia (Zon Tengah) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) 2022 bertempat di perkarangan Dewan Serbaguna Sungai Kerang, Trong pada pagi ini. Sejumlah 24 ekor lembu telah disembelih bagi ibadah qurban dan dagingnya telah diagih-agihkan kepada asnaf dan penduduk kampung sekitar kawasan Sungai Kerang.

Baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG ROYONG JMGSWP

PROGRAM GOTONG ROYONG JMGSWP

SHAH ALAM, 04 Ogos 2022  -  Satu aktiviti program gotong-royong telah berlangsung di Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan. Program dihadiri oleh sebahagian besar warga JMGSWP yang diketuai oleh Tuan Pengarah, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zulkiflee bin Che Soh. 

Tujuan program gotong-royong ini diadakan adalah untuk memastikan segala peralatan dan perabut di  persekitaran ruang pejabat tingkat 6 dan 7 bersih, kemas dan tersusun di samping dapat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan silaturahim warga jabatan.

 

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP OGOS 2022

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP OGOS 2022

SHAH ALAM, 05 Ogos - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan telah megadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 08/2022. Program majlis dimulakan dengan aktiviti bacaan doa oleh Encik Mohd Syukouruddin bin Sulong, nyanyian lagu Negaraku, bacaan Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh Encik Bryien Emanuel bin Edwin Raduan dan majlis diacarakan oleh Encik Thalhah bin Akbar Khan. Aturcara diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah, Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Zukiflkee bin Che Soh sebelum  disusuli  tayangan montaj video aktiviti-aktiviti jabatan bagi bulan Julai tahun 2022 dan diikuti sesi penyampaian sijil penghargaan kepada warga JMGSWP yang telah menyumbang jasa dalam beberapa program jabatan. Majlis telah diakhiri dengan sesi Taklimat Sistem Perakam Waktu Elektronik.