Sekalung tahniah buat Kelab Sukan Dan Kebajikan JMG Terengganu (KESKET) kerana berjaya menganjurkan sukan dalaman bermula pada 1-4 Oktober 2018. Antara sukan-sukan yang dipertandingkan seperti dart, congkak, kerom, pingpong, badminton dan futsal. Sambutan menggalakkan telah diberikan oleh warga JMG Terengganu…syabas.
LAWATAN TKP (KEM) KE PEJABAT JMG NEGERI TERENGGANU.
Kuala Terengganu, 26 Ogos 2018 – Sukacita pada hari ini TKP (KEM), En. Kamal Bin Daril telah melakukan lawatan kerja ke Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains, Negeri Terengganu.
COASTAL MANAGEMENT IN TERENGGANU
Kuala Terengganu, 9 Julai 2018 – Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Terengganu telah menerima empat (4) pelawat dari Royal Thai Department Of Marine and Coastal Resources (DMCR) dan seorang (1) dari Department Of Mineral Resources (DMR).
SAMBUTAN AIDILFITRI 2018 DAN MAJLIS PERTUKARAN
Kuala Terengganu, 5 Julai 2018 - JMGTGG telah mengadakan Majlis Jamuan Rumah Terbuka Aidilfitri dan pertukaran Pn. Juliana Bt Husin. Majlis Sambutan Aidilfitri diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran para wakil jemputan. Pn. Juliana yang telah berkhidmat di JMG Terengganu selama 5 tahun akan menyambung perkhidmatannya di Pejabat Tanah dan Galian, Negeri Terengganu.
MESYUARAT SAMBUTAN HARI RAYA KESKET DAN JMG MALAYSIA TERENGGANU.
Kuala Terengganu, 26 Jun 2018(Selasa) – Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut setiap tahun oleh KESKET dan JMG Malaysia Terengganu. Pada tahun ini sambutan Hari Raya akan diadakan pada 5 Julai ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Zarir akan cuba memastikan sambutan Hari Raya tahun ini semeriah tahun-tahun sebelumnya.