COASTAL MANAGEMENT IN TERENGGANU

COASTAL MANAGEMENT IN TERENGGANU

Kuala Terengganu, 9 Julai 2018 – Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Terengganu telah menerima empat (4) pelawat dari Royal Thai Department Of Marine and Coastal Resources (DMCR) dan seorang (1) dari Department Of Mineral Resources (DMR).

Tujuan mereka ke Negeri Terengganu ini adalah untuk mengadakan lawatan teknikal dan melawat projek-projek yang sedang berjalan berkaitan dengan pengurusan pantai.  Masalah hakisan pantai di Thailand kini semakin serius dan ianya dikesan berpunca secara semulajadi dan juga aktiviti manusia.  Lawatan teknikal ini turut mendapat kerjasama dari Jabatan Pengairan Dan Saliran, Negeri Terengganu (JPS) dengan memberikan taklimat dan lawatan ke tapak projek.  Lawatan teknikal ini sehingga 12 Julai 18. 

blog 108

Wakil JMG Malaysia Terengganu, DMCR dan DMR bersama-sama JMP Negeri Terengganu di salah satu tapak projek yang dilawati.