KURSUS PENGENALAN APLIKASI AVENZA MAP

KURSUS PENGENALAN APLIKASI AVENZA MAP

Unit Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Unit Sumber Mineral JMG Kelantan telah menganjurkan Kursus Asas Penggunaan Aplikasi Avenza Map yang diadakan pada 13 & 14 Mac 2023.

 Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan Teknikal JMG Kelantan cara menggunakan aplikasi Avenza Map di lapangan. Peserta kursus juga diberi taklimat berkaitan GIS, cara membuat peta dasar menggunakan perisian Arcgis, cara georefencing peta dasar dari ArcGis menggunakan QGis, cara memuatnaik peta dasar ke dalam Avenza Map, cara memplot lokasi ke dalam avenza map dan memuat naik data cerapan dari Avenza Map kepada bentuk 'Keyhole Markup Language' @ kml. dan 'Comma-separated values' @ csv.

 Pada 13 Mac 2023 (Isnin),

taklimat kursus berkaitan aplikasi Avenza Map telah diadakan di Bilik Mesyuarat JMG Kelantan dan disampaikan oleh En. Mohamed Hishamuddin B Lokman, Pembantu Geosains, Aktiviti Mineral Berlogam, Unit Sumber Mineral JMG Kelantan.

 14 Mac 2023 (Selasa),

Peserta kursus diberi peluang untuk menjalani amali cara menggunakan Avenza Map yang telah diadakan di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan.

 Peserta didedahkan cara membuat cerapan di lapangan, cara mencari lokasi dari koordinat yang diberikan, cara membuat trek dari titik awal hingga akhir dan cara berkongsi maklumat yang direkodkan dari Aplikasi Avenza Map dengan peserta yang lain. Aktiviti ini membolehkan para peserta mempraktikkan secara terus teori yang dipelajari dalam kelas dan merasai sendiri suasana kerja di lapangan.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERPISAHAN TIMBALAN PENGARAH JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN DAN PERPISAHAN TIMBALAN PENGARAH JMGSWP

SHAH ALAM, 14 Mac 2023 – JMGSWP telah menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mac 2023 serta Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan.

Pada perhimpunan kali ini, sesi bacaan doa diketuai oleh En. Mohd. Fauzi bin Abd Majid, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh En. Muhammad Harith bin Hamdan dan majlis diacarakan oleh En. Azira bin Ramely. 

Setelah selesainya amanat daripada Tuan Pengarah, Yang  Berusaha, En. Tuan Rusli b. Tuan Mohamed, majlis diserikan pula dengan Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah En. Edward Muol yang akan memulakan tugas beliau di JMG Sarawak setelah dua tahun menabur bakti di Negeri Selangor. Terima kasih Tuan Edward dan semoga terus cemerlang di tempat baru.

Perhimpunan Bulanan Dan Majlis Persaraan Pengarah Kanan BPT

Perhimpunan Bulanan Dan Majlis Persaraan Pengarah Kanan BPT

IPOH, 15 Mac 2023: Telah berlangsung Perhimpunan Bulanan bersama Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Tn. Hj. Azemi Hj. Eki dan Majlis Perpisahan Pengarah Kanan BPT yang akan bersara wajib pada 16 Mac 2023. 

Dalam majlis yang sama disampaikan surat Penanggungan Kerja Pengarah Kanan BPT kepada En. Ahmad Zulkifli.