SUKAN JMG 2023

SUKAN JMG 2023

16 Mac 2023 (Khamis) : JMG Malaysia, Negeri Perak mewakili Kontinjen Zon Utara telah menyertai Sukan JMG Malaysia Tahun 2023 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Sukan JMG Malaysia 2023 telah disertai seramai 300 orang daripada 4 zon iaitu Zon UTARA (JMG Kedah Pulau Pinang dan Perlis, JMG Perak, Pusat Penyelidikan Mineral dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal), Zon SELATAN (Ibu Pejabat, JMG Selangor, JMG Johor), Zon TIMUR (JMG Pahang, JMG Terengganu, JMG Kelantan dan Makmal Kuantan) dan Zon BORNEO (JMG Sarawak dan JMG Sabah) telah mengambil bahagian untuk 9 acara iaitu  Bola Sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw, Dart, Ping Pong, Karom, Badminton, Catur, E-Sport (Pubg Mobile).

Baca selanjutnya

SESI KUNJUNGAN HORMAT PROFESOR DR. TAKAKO DAN PUAN ERIKO KE JMGSWP

SESI KUNJUNGAN HORMAT PROFESOR DR. TAKAKO DAN PUAN ERIKO KE JMGSWP

SHAH ALAM, JMGSWP, 23 Mac 2023 - Kujungan hormat oleh Profesor Dr. Takako Izumi dari Tohoku University, Sendai, Jepun dan Puan Eriko Motoyama dari Program Perkongsian JICA, dalam "Memperkasakan Amalan Pengurangan Risiko Bencana (DRR-Disaster Risk Reduction) untuk Meningkatkan Keselamatan dalam Komuniti dengan Memahami Risiko Bencana (SeDAR)".

Sesi pertemuan juga meliputi perbincangan teknikal dalam mempertingkatkan keberkesanan program CBDRM (Community Based Disaster Risk Management) dan peluang kerjasama JMG-SeDAR bagi menampakkan peranan jabatan tentang pengurangan risiko bencana dalam komuniti.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1444H

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1444H

Johor Bahru, 23 Mac 2023 - Seluruh Warga JMG Johor mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di mana sahaja berada terutamanya kepada warga kerja JMG Malaysia dan pelanggan Jabatan.

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kerahmatan dan keinsafan kepada semua umat islam.

 

MAJLIS KESYUKURAN DAN MAJLIS JAMUAN MAKAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1444H

MAJLIS KESYUKURAN DAN MAJLIS JAMUAN MAKAN MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1444H

22 Mac 2023 (Rabu) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Majlis Jamuan Makan Menyambut Bulan Ramadan 1444H. Majlis ini dimulakan dengan Bacaan Yassin dan Doa Selamat yang dipimpin oleh En. Mat Niza Bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Geosains. Selain itu, majlis ini juga meraikan kejayaan wakil daripada JMG Perak yang mewakili Kontinjen Zon Utara dalam Sukan JMG 2023.

Baca selanjutnya