11 Mac 2023 (Sabtu) : Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan telah diadakan bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak yang bertemakan ‘’Accelerating Change’’. Perasmian telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersama timbalannya, YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, YB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, YBhg. Dato’ Rosli Hj. Isa, Ketua Setiausaha NRECC, YBhg. Tuan Zamri Ramli, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta pegawai-pegawai tertinggi kementerian, jabatan dan agensi.
PERBINCANGAN TEKNIKAL - LYNAS RARE EARTH MALAYSIA
PERBINCANGAN TEKNIKAL - LYNAS RARE EARTH MALAYSIA
Perbincangan teknikal mengenai Elemen Nadir Bumi, REE telah diadakan antara NRECC, JMG, MOSTI dan Dewan Perlombongan Malaysia.
Encik Pol Le Roux, COO Lynas membentangkan pandangan tentang keupayaan dan kesediaan Lynas dalam memproses sumber NR-REE tempatan, isu alam sekitar yang berkaitan dan perspektif global tentang industri REE.
Perbincangan menyeluruh telah berlaku dan maklumat yang dikumpul akan digunakan dalam merancang hala tuju industri REE di Malaysia.
Terima kasih kepada Lynas Rare Earth Malaysia dan semua ahli mesyuarat atas ilmu yang dikongsikan.
Lawatan ke Kilang Spritzer di Taiping
Lawatan Kerja Teknikal
IPOH, 15 MAC - Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, YBrs. Dr. Nazwin Binti Ahmad memberikan penerangan mengenai produk mineral dalam Lawatan Kerja Teknikal hari ini yang diketuai oleh En. Wan Jusaini b Wan Rizal, Ketua Pegawai Eksekutif FRIM Incorporated Sdn. Bhd .
Lawatan Kerja Teknikal ini melibatkan 4 orang kakitangan FRIM Incorporated Sdn. Bhd dan Senitukang bertujuan mencari ruang pengkomersialan hasil-hasil penyelidikan di PPM.