11 Mac 2023 (Sabtu) : Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia 2023 Peringkat Kebangsaan telah diadakan bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak yang bertemakan ‘’Accelerating Change’’. Perasmian telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) bersama timbalannya, YB Dato’ Sri Huang Tiong Sii, YB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Negeri Perak, YBhg. Dato’ Rosli Hj. Isa, Ketua Setiausaha NRECC, YBhg. Tuan Zamri Ramli, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta pegawai-pegawai tertinggi kementerian, jabatan dan agensi.
JMG Perak terlibat dalam pameran sepanjang majlis ini yang mengetengahkan peranan dan fungsi jabatan melalui aktiviti air bawah tanah sebagai salah satu aktiviti yang dilaksanakan oleh jabatan. Bahan-bahan pameran yang dibawa untuk informasi dan tatapan pelawat adalah seperti tayangan video montaj dan video dokumentari berkaitan projek air bawah tanah di negeri Perak, poster taburan telaga air bawah tanah di Semenanjung Malaysia dan di negeri Perak, poster projek-projek air bawah tanah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh jabatan, beberapa peralatan persampelan kualiti air bawah tanah dan sebuah model interaktif air bawah tanah. Terima kasih semua staf JMG Perak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.