SHAH ALAM, 14 Mac 2023 – JMGSWP telah menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Mac 2023 serta Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan.
Pada perhimpunan kali ini, sesi bacaan doa diketuai oleh En. Mohd. Fauzi bin Abd Majid, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam oleh En. Muhammad Harith bin Hamdan dan majlis diacarakan oleh En. Azira bin Ramely.
Setelah selesainya amanat daripada Tuan Pengarah, Yang Berusaha, En. Tuan Rusli b. Tuan Mohamed, majlis diserikan pula dengan Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah En. Edward Muol yang akan memulakan tugas beliau di JMG Sarawak setelah dua tahun menabur bakti di Negeri Selangor. Terima kasih Tuan Edward dan semoga terus cemerlang di tempat baru.