Majlis Persaraan dan Perpisahan Kakitangan JMG NSM

Majlis Persaraan dan Perpisahan Kakitangan JMG NSM

Seremban, 18 April 2019 - Satu Majlis Persaraan dan Perpisahan kakitangan JMG NSM telah diadakan di Hotel Palm Seremban. Majlis ini adalah bagi meraikan persaraan En Hamran bin Darus (Pembantu Geosains, Unit Geosains) dan pertukaran En Mohd Yusuf bin Asby (Penolong Pegawai Geosains, Unit Lombong dan Kuari). En Hamran bin Darus telah memilih untuk bersara pada usia 56 tahun setelah berkhidmat selama 33 tahun, manakala En Mohd Yusuf bin Asby pula akan bertukar ke JMG Sabah mulai Mei 2019 ini.

Baca selanjutnya

Majlis Sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia 2019

Majlis Sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia 2019

CHERAS, KUALA LUMPUR, 17 MAC 2019 : Satu Majlis Sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia 2019 telah diadakan di Mytown Shopping Centre, Cheras pada 17 Mac 2019 yang lalu.  Majlis itu telah disempurnakan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).  En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM bersama-sama dengan beberapa orang pegawai dari JMG NSM turut menghadiri majlis tersebut.

Baca selanjutnya

Lawatan Sempena Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri JMG Negeri

Lawatan Sempena Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri JMG Negeri

BARIO, SARAWAK, 15 MAC 2019 : Satu Mesyuarat Pengarah-Pengarah Negeri JMG Negeri Bilangan 1/2019 telah diadakan di Bario, Sarawak pada 12 - 15 Mac 2019 yang lalu. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Pejabat Daerah Kecil, Bario. Semasa mesyuarat tersebut, lawatan telah diadakan ke Pusat Memproses Garam Bukit, Kampung Pa’ Umor, Kilang Beras Bario dan tapak Penjanaan Tenaga Solar Bario. Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Baca selanjutnya

Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil. 3/2019

Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil. 3/2019

AYER KEROH, MELAKA (1 MAC 2019): Satu Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Bil. 3/2019 telah diadakan di perkarangan Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada 1 Mac 2019. En. Joanes Muda, Pengarah JMG NSM, Puan Nadiya bt Mohd Saleh dan Pn. Nor Hasikin bt Abu Talib turut hadir dalam perhimpunan tersebut.

Baca selanjutnya