Seremban, 23 Mei 2019 - Satu Sesi Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerja telah diadakan di Pejabat JMG NSM. Seramai 6 orang kakitangan daripada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan telah hadir untuk menjalankan audit ini.
Sesi Audit dimulakan dengan taklimat daripada wakil JKKP tentang Pengenalan JKKP dan Taklimat tentang perkara yang perlu diambil berat bagi memastikan persekitaran kerja kakitangan sihat dan selamat. Setelah sesi taklimat selesai, Pegawai JKKP telah mengadakan Audit di seluruh bangunan JMG NSM.