JEMPOL, NEGERI SEMBILAN, 10 APRIL 2019 : Pada hari ini, Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM telah membuat lawatan kerja ke singkapan permatang/daik kuarza di Bukit Bunga, Jempol, Negeri Sembilan. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dengan lebih dekat kewujudan permatang kuarza di kawasan itu yang berpotensi dimajukan sebagai sumber batuan bersilika (SiO2) untuk industri berasaskan silikon.
Pada sebelah petang pula, Pengarah JMG NSM membuat lawatan kerja ke NS Cement Industries. Turut serta dalam lawatan-lawatan ini adalah Encik Azizan Ali (Timbalan Pengarah), Encik Hairul bin Mohamed Shaharudin (Timbalan Pengarah), Puan Masrita binti Mohd Aras (Penolong Pengarah Kanan) dan Encik Zamri bin Abu Samah (Pembantu Geosains).