23 April 2018 – Pada perhimpunan bulan April, PPM, JMG telah mengadakan program Bicara AKRAB yang disampaikan oleh Dr Ismail Bin Ibrahim. Tajuk bicara AKRAB tersebut adalah Gangguan Mistik ke atas Spritual Manusia.
Objektif utama adalah bagi memberi penerangan berkenaan dengan masalah tingkahlaku dan peribadi individu dikaitkan dengan masalah spiritual. Kebanyakkan daripada kita masih tidak mengenali punca masalah yang membelenggu kehidupan spiritual. Imam Al Ghazali menekankan aspek penerokaan dalam diri sehingga mereka dapat mengenal pasti punca masalah yang dihadapi. Sekiranya masalah yang dihadapi oleh seseorang manusia sukar dirawat secara fizikal, umumnya ia dikaitkan dengan masalah dalaman berkaitan saka dan sihir. Oleh yang demikian pendekatan spiritual adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk mengesan masalah serta diikuti dengan rawatannya.