MESYUARAT JAWATANKUASA AKRAB JMG BIL 1/2018

MESYUARAT JAWATANKUASA AKRAB JMG BIL 1/2018

Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB JMG Bil. 1/2018 Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) telah diadakan pada 21/2/2018 (Rabu) bertempat di Bilik Mesyuarat JMG Negeri Sembilan/Melaka untuk merancang pelaksanaan program AKRAB JMG untuk tahun 2018. Mesyuarat dihadiri oleh AJK daripada JMG Negeri, JMG Ibu Pejabat, Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Pusat Penyelidikan Mineral.

Dr Hj Ismail bin Ibrahim selaku Pengerusi AKRAB JMG memberi amanat supaya semua ahli AKRAB JMG perlu komited untuk menjalankan tugas AKRAB bagi menghidupkan aktiviti yang telah dirancang. Semua ahli perlu mempunyai sikap dan semangat, serta berkeyakinan dengan kebolehan menggunakan ilmu yang diperolehi sebelum ini.

Cadangan takwim aktiviti AKRAB JMG 2018 yang dipersetujui ahli mesyuarat untuk dilaksanakan adalah:

Program Sekampit Beras                    1/ Pusat, Negeri
Bicara AKRAB                                   4/ Pusat, Negeri
Jejak Kasih AKRAB                            4/ Pusat, Negeri
Taklimat AKRAB                                4/ Pusat,Negeri
Inventori Personaliti Sidek                  1/ Pusat,Negeri
Bimbingan Kelompok Berstruktur         1/ Negeri

 

DSC 0013-min  DSC 0146-min

DSC 0147-min  DSC 0149-min

 

Written by : nurzaidi